A+ A A-

Dk. Hanna Afiqah belia berwawasan, berkebolehan

DAYANGKU Hanna Afiqah binti Pg. Hassanal Ali Saifuddien semasa membincangkan pelbagai pandangan masalah kebeliaan.

BELIA Brunei perlu untuk berperanan proaktif dan memulakan projek-projek mereka sendiri untuk menjadi warganegara belia aktif menurut Dayangku Hanna Afiqah binti Pg. Hassanal Ali Saifuddien, 19 tahun, seorang beliawanis yang ditemui baru-baru ini setelah menghadiri Global Changemakers Seventh Global Youth Summit di United Kingdom pada bulan lepas.

Menurutnya selepas menghadiri Sidang Kemuncak itu yang mana para belia dari negara- negara lain telah diambil penglibatan masyarakat mereka ke tahap yang seterusnya.

"Salah satu kumpulan fokus dalam kerja-kerja belia yang dibincangkan dengan sepuluh negara termasuk Kanada, Kuwait dan Viet Nam ialah mengenal pasti isu utama belia di negara-negara masing-masing. Di Negara Brunei Darussalam, kita kekurangan projek belia dimulakan. Terdapat penyertaan, ya, tetapi projek-projek yang dimulakan oleh badan-badan kerajaan dan tidak ada projek yang dimulakan oleh para belia seumur saya, yang mahu memulakan projek-projek mereka sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, kenapa ini berlaku adalah kerana beberapa sebab, "Mula-mula, para belia tidak tahu bagaimana untuk memulakan satu projek permulaan dan mendapatkan kewangan. Terdapat juga isu ibu bapa yang tidak memahami mengapa anak-anak mereka akan menghabiskan banyak masa dan bukannya memberi tumpuan kepada sekolah."

Dayangku Hanna Afiqah yang akan mengikuti pengajiannya dalam jurusan Pengajian Alam Sekitar (Enviromental Studies) di Universiti Brunei Darussalam yang sebelumnya menuntut di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan menambah satu lagi sebab di sebalik aktiviti belia agak perlahan kerana Brunei adalah sebuah negara yang kaya yang berasaskan minyak, jadi mewah yang diberikan oleh sumber-sumber semula jadi bermakna tidak ada dorongan segera bagi belia untuk memulakan sesuatu. Kerajaan telah menyediakan kebajikan yang menyeluruh, manakala berbanding di negara-negara seperti Bangladesh, yang mana isu-isu penting yang timbul setiap hari, belia perlu untuk benar-benar melangkah dan berperanan.

Beliau menceritakan sedikit agenda yang dibincangkan semasa menghadiri Sidang Kemuncak mengandungi topik-topik seperti Kerja Belia, Hak Kanak-Kanak Kelaparan dan Kemiskinan yang mana beliau termasuk membincangkan hal-hal Kerja Belia kerana ia merupakan topik yang penting untuk ditangani terutama dalam konteks Negara Brunei Darussalam. Usulan demi usulan dan cadangan pun diperbincangkan bahawa untuk meningkatkan penyertaan belia adalah bertepatan dengan memulakan dengan skala yang kecil dahulu, iaitu dengan mencari jalan bagaimana untuk menggalakan penyertaan belia untuk ikut serta dalam apa jua permasalahan atau isu-isu semasa di negara kita. Di dalam konteks ini menyeluruh kebanyakan negara bersetuju bahawamasih terdapat jumlah belia yang besar, iaitu kumpulan belia dewasa yang belum berkahwin, yang masih belum menyumbang ke arah komuniti mereka dan ini tidak terkecuali dengan negara kita sendiri.

Dalam perbincangan ini beliau berpeluang bertemu dengan Pengarah Program, Tim Jones yang membincangkan mengenai 'Agenda Masa Depan Vodafone' dan berpeluang berkongsi sama dalam mengutarakan masalah-masalah yang kita hadapi sekarang dan memperlihatkan belia global trend bagi tahun 2020 daripada segi ekonomi, alam sekitar, rohaniah dan individu.

Tujuan utama sidang kemuncak adalah untuk menggalakkan global changemakers tampil dengan idea-idea inovatif dan mencadangkan pembaharuan bagi mencari jalan untuk membantu mengurangkan atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang realistik di negara masing-masing, memperkembang luaskan rangkaian di antara satu negara dengan yang lainnya daripada segi peluang sukarelawan dan prospek keusahawanan sosial.

Acara kemuncak ialah dengan menghabiskan masa sehari di London dengan 60 orang peserta global changemaker yang lain antaranya membuat lawatan ke Dewan Parlimen di London, menghadiri perbincangan plenary dengan tiga orang ahli parlimen dan dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti pakar-pakar dari Amnesty International, Pesuruhjaya Tinggi dan Kedutaan dari negara masing-masing.

Hasil daripada perbincangan semua global changemakers akhirnya bersetuju untuk melahirkan satu platform yang dinamakan dengan singkatan MAP (Make Actions Possible) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kewujudan kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa. Langkah awal adalah untuk mengesan dan menyenaraikan aktiviti-aktiviti NGO yang boleh didapati di negara kita sendiri lengkap dengan profil dan aktiviti dari semasa ke semasa dan disimpan dalam pengakalan data, akan tetapi idea ini tidak realistik dan berpatutan kerana ianya merupakan kerja pada skala yang besar, yang mana ianya memerlukan komitmen dalam jangka masa panjang dan memerlukan kerjasama dengan semua pihak serta memerlukan sumber manusia iaitu belia-belia kita sendiri. Ketua Majlis Belia British Antarabangsa, James Eddleston iaitu seorang pakar dalam bidang Kerja Belia ada menyentuh tentang kejayaan satu-satu kerja bermula dengan idea yang kecil, ianya mudah dan realistik untuk di jalankan.

"Dari sini saya sedari bahawa tujuan kita khususnya bagi Negara Brunei Darussalam adalah untuk mencari faktor-faktor utama yang hendak direalisasikan dahulu.

Perkara ini juga dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang dan bersetuju bahawa faktor paling penting ialah untuk menyebarkan maklumat jika mungkin melalui penggunaan Pusat Belia kita, yang akan meningkatkan penyimpanan maklumat untuk negara dan juga membolehkan belia untuk mudah mendaftar untuk menyertai peluang di luar negara atau tempatan.

Dalam perbincangan ini juga, terdapat perkongsian statistik dari negara-negara lain yang membangkitkan isu-isu kontek seperti pengangguran, belia-belia, sikap acuh tak acuh, fakta kesusahan hidup dan kemiskinan. Dalam jangka masa yang sama dan dari skala tempatan iaitu di negara masing-masing, didapati bahawa ada keperluan bagi kita untuk mengadakan kerja penyelidikan yang boleh diakses oleh remaja belia kita untuk dijadikan bahan rujukan mereka.

PERUBAHAN

Beliau berharap semua pihak individu untuk melihat secara lebih dalam tentang masalah-masalah yang berbangkit mengenai dengan belia-belia di negara kita. Permasalahan ini bukan hanya setakat disandarkan kepada pihak kerajaan sahaja, atau sesuatu aktiviti disandarkan kepada pihak belia sahaja, tetapi untuk memastikan bahawa semua pihak mesti bekerjasama, berganding bahu turut serta dan turun padang dalam apa jua bentuk acara, aktiviti, perbincangan, forum dan sebagainya. Semua pihak bererti, semua peringkat umur, semua latar belakang pendidikan perlu diberi penghormatan dan diberi peluang untuk menyuarakan atau memberi cadangan-cadangan yang bernas, berkongsi pengalaman dan menjalankan kemahiran masing-masing demi kerjasama dan rasa patriotisme kepada negara kita yang tercinta ini.

Dengan adanya sokongan antara tua dan muda ini nanti, tegasnya, ianya akan melahirkan sistem sokongan yang kuat dan mantap yang membolehkan kita melahirkan generasi yang serba berkebolehan, penuh dengan agama, hormat kepada yang tua, bertimbang rasa dan peka tentang sekelilingnya.

Rancangan seterusnya, beliau telah pun menyuarakan idea-ideanya kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengenai dengan hal-hal motivasi dan pendidikan.

DAYANGKU Hana Afiqah (enam dari kanan barisan ketiga) bersama peserta-peserta daripada 60 buah negara di serata dunia yang terpilih menyertai 'Global Changemakers Seventh Global Youth Summit' di United Kingdom pada bulan Januari lepas.DAYANGKU Hana Afiqah (enam dari kanan barisan ketiga) bersamapeserta-peserta daripada 60 buah negara di serata dunia yang terpilih menyertai 'Global Changemakers Seventh Global Youth Summit'di United Kingdom pada bulan Januari lepas.(Ihsan : Dk. Hanna Afiqah Pg. Hassanal Ali Saifuddien)

Setakat ini pihak KKBS telah pun bersetuju untuk membantu dalam hal-hal logistik dan kewangan, jadi dengan itu satu program yang dinamakan 'Natures Avengers' pada 27 Januari 2013, yang mana saya sebagai fasilitator utama dengan sembilan orang sukarelawan membawa tiga kumpulan murid-murid tahun enam ke Bintudoh, Green Spring Resort untuk berinteraksi dan bersama-sama mempelajari tentang alam semula jadi terutama alam sekitar, tumbuh-tumbuhan, spesis-spesis yang akan pupus dan bagaimana kita akan menyelamatkannya.

Pada hujung bulan lepas, iaitu 30 Januari 2013, KKBS telah menghantarnya sebagai ketua rombongan dan dua orang rakan-rakan menyertai 'Global Youth Frontier' workshop di Korea selama kurang lebih sepuluh hari.

Terdapat beberapa rancangan lagi yang masih dalam perbincangan dan ianya kebanyakannya bersifat kepada pembangunan belia, motivasi minda kanak-kanak, remaja pada tahun 2013 ini dan harapan saya semoga kita semua berjaya untuk merealisasikan Wawasan 2035, yang mana melahirkan para belia yang serba berkebolehan.

Insya-Allah seperti yang diharapkan oleh Dayangku Hanna Afiqah, belia yang berjiwa besar dan menjadi ikon remaja.

Lebih dalam kategori ini: « Menjadikan Al-Qur'an panduan hidup

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel