A+ A A-

Penggantungan ditarik balik

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Mei. - Berikutan siaran akbar Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengenai penggantungan pengimportan makanan dari beberapa buah kawasan di Negara Jepun pada Februari 2015, kedua-dua buah kementerian ini ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai perubahan terkini penggantunggan pengimportan berkenaan.

Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, perubahan itu berdasarkan pemantauan berterusan, penelitian mengenai situasi terkini dan maklumat yang diterima dari negara-negara serantau dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa oleh Kementerian Kesihatan dan KSSUP.

Sehubungan itu, dimaklumkan kepada para pengimport dan orang ramai, penggantungan makanan dan produk makanan berupa daging, buah-buahan, sayur-sayuran makanan laut serta susu dan produk tenusu dari Daerah Fukushima adalah ditarik balik.

Walau bagaimanapun, para pengimport yang hendak mengimport produk-produk makanan berkenaan dari Negara Jepun adalah dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat seperti produk-produk makanan dan ramuan yang berasal khusus daripada Daerah Fukushima perlu menghadapkan, borang Deklarasi Pengimportan Makanan ke Negara Brunei Darussalam, laporan Analisa Bahan Radioaktif, produk-produk makanan dan ramuan yang berasal daripada daerah selain Daerah Fukushima diperlukan untuk menghadapkan dan borang Deklarasi Pengimportan Makanan Ke Negara Brunei Darussalam.

Syarat-syarat pengimportan tersebut adalah syarat-syarat tambahan bagi produk-produk yang berasal daripada Negara Jepun dan syarat-syarat pengimportan yang sedia ada di bawah kawalan Kementerian Kesihatan dan KSSUP hendaklah dipatuhi.

Syarat-syarat yang ditetapkan di atas juga akan diteliti dari semasa ke semasa.

Langkah-langkah tersebut diambil adalah untuk memastikan bahawa makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat untuk dimakan dan bebas daripada bahan radioaktif.

Bagi sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Pusat Pemeriksaan Kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Jalan Delima Dua, Berakas BB2313 melalui talian nombor telefon : +673 2331100 - 5 / 06 / 08 / 09 / 10 atau nombor faksimili : +673 2331107 atau Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui talian nombor telefon : +673 2388000 atau nombor faksimile : +673 2382226 / +673 2381639 atau melalui alamat e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel