A+ A A-

Diabetes penyebab kematian ketujuh terbanyak menjelang 2030

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 29 Mei. - Sambutan Hari Kesihatan Sedunia tahun ini mengetengahkan tentang penyakit diabetes, dan sebagai salah satu aktiviti kesedaran awam, satu forum mengenai Diabetes dan Bulan Ramadan diadakan di Atrium, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Penyakit diabetes merupakan penyakit yang kian meningkat di seluruh dunia. Sebahagian besar dari penyakit diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, di samping ianya juga dapat dirawat. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, memberikan kesedaran terhadap diabetes dan ianya sangat penting kerana impaknya yang sangat besar pada kesihatan dan kesejahteraan semua. Pendekatan ini sekaligus boleh membantu mengurangkan kadar kematian pra-matang yang disebabkan oleh penyakit-penyakit tidak berjangkit, iaitu selaras dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Berdaya Tahan Global Ke-3.

29052016 PR1 FORUM

ANTARA peserta yang menghadiri Forum Awam mengenai Diabetes dan Bulan Ramadan di Atrium, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Pada tahun 2012, penyakit diabetes telah menyebabkan kematian seramai 1.5 juta orang di seluruh dunia dan menurut anggaran dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelang 2030 diabetes akan menjadi penyebab kematian yang ketujuh terbanyak.

Forum hari ini membincangkan tentang diabetes ketika menjalani ibadat puasa dalam bulan Ramadan.

Ahli-ahli panel adalah terdiri daripada jururawat dan penjaga zat makanan yang terlibat dalam rawatan diabetes yang masing-masing membincangkan Rawatan Diabetes di bulan Ramadan disampaikan oleh Dayang Hajah Shukriah binti Haji Selamat; Mengawal pemakanan sewaktu berbuka di bulan Ramadan oleh Pegawai Penjaga Zat Makanan, Dayang Ernie Asyura binti Hassan dan Tatacara melakukan Kegiatan Fizikal di bulan Ramadan disampaikan oleh Dayang Noor Azwan bin Ismail.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel