A+ A A-

Tingkatkan kesedaran kanser payudara

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Oktober. - Kes kanser di Negara Brunei Darussalam terus meningkat dari tahun ke setahun di mana lebih 700 pengidap baru dicatatkan pada tahun ini dan mungkin akan terus meningkat pada abad yang akan datang.

Jangka hayat penduduk di negara ini yang semakin meningkat di samping pengambilan berlebihan makanan dari sumber darah merah yang diawet merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kes-kes kanser yang boleh membawa maut itu.

161016 KESEDARAN LIN-1

KONSULTAN Oncology, Pusat Kanser Negara Brunei Darussalam, Dr. Raden Mas Jefferi Ismail ketika menyampaikan taklimat semasa Program Kesedaran Kanser Payudara anjuran bersama Pusat Promosi Kesihatan dan MPM Lumapas.

Perkara itu dijelaskan oleh Konsultan Oncology, Pusat Kanser Negara Brunei Darussalam, Dr. Raden Mas Jefferi Ismail ketika ditemu bual semasa berlangsungnya Program Kesedaran Kanser Payudara.

Dr. Raden Mas Jefferi Ismail seterusnya menjelaskan, adalah penting bagi penduduk di negara ini agar meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser dan mengamalkan penjagaan kesihatan bagi mencegah dari dihidapi oleh penyakit yang bukan hanya dihidapi oleh golongan wanita malahan juga boleh dihidapi oleh golongan lelaki.

161016 KESEDARAN LIN-2

ANTARA yang hadir semasa Program Kesedaran Kanser Payudara di Sekolah Rendah Lumapas.

Semasa program tersebut, Dr. Raden Mas Jefferi juga menyampaikan taklimat mengenai Kanser Payudara di Negara Brunei Darussalam di mana beliau menjelaskan, pemeriksaan sendiri payudara harus diamalkan dan pada peringkat awal, payudara tidak perlu dibuang sepenuhnya untuk tujuan rawatan.

Terdahulu, dalam kata alu-aluannya, Dayang Hajah Hammah binti Puasa berkata kanser yang melibatkan organ reproduktif wanita termasuk kanser payudara merupakan salah satu bidang yang semakin mencabar.

161016 KESEDARAN LIN-3

PAMERAN yang berhubungkait dengan kanser payudara semasa Program Kesedaran Kanser Payudara.

Faktor asas yang paling penting untuk setiap masyarakat menangani masalah kanser payudara jelasnya adalah dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang cara-cara pencegahan dan pengesan pada peringkat awal kanser.

Program juga diselitkan dengan perkongsian pengalaman saat-saat getir yang dialami oleh salah seorang bekas pesakit kanser payudara.

Mereka yang hadir semasa program tersebut juga berpeluang menyaksikan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara oleh Pegawai Perubatan Pusat Promosi Kesihatan, Dr. Hajah Nurol-Ehsan binti Haji Abd. Hamid serta pameran yang berhubung kait dengan kanser payudara.

161016 KESEDARAN LIN-5

DEMONTRASI pemeriksaan sendiri payudara oleh Pegawai Perubatan Pusat Promosi Kesihatan, Dr. Hajah Nurol-Ehsan binti Haji Abd Hamid semasa Program Kesedaran Kanser Payudara.

Antara yang hadir semasa program di Dewan Sekolah Rendah Lumapas ialah Penasihat Majlis Perundingan Mukim Lumapas, Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal.

Program anjuran bersama Pusat Promosi Kesihatan dan Biro Wanita Majlis Perundingan Mukim Lumapas ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran secara berterusan tentang kanser payudara dan mengetahui langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil perhatian.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel