A+ A A-

KUALA BELAIT, Sabtu, 21 Mei - Kempen Jaga Mental Kita merupakan salah satu program kerjasama Perkhidmatan Psikologi Klinikal dengan Jabatan Psikiatri, Jabatan Profesional Kesihatan Bersekutu dan Pusat Promosi Kesihatan dengan sokongan padu dari Pusat Membeli Belah KB Sentral, Kuala Belait.

Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental, Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan mengadakan Kempen Kesihatan Mental berkenaan atau lebih dikenali 'Mind Your Mind' di KB Sentral, di sini.

Ia merupakan kesinambungan dengan kempen kesedaran yang diadakan tahun-tahun lalu dan kali ketiga diungkayahkan.

Antara yang hadir, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad serta ahli-ahli Lembaga Pelawat Perintah Kesihatan Mental, Penuntut-penuntut dari Sekolah Menengah Perdana Wazir, Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Maktab Anthony Abel dan Politeknik Brunei (Lumut).

NORAISAH KEMPEN MINDA 3

ORANG ramai berpeluang menyaksikan pameran mengenai perkhidmatan dan masalah-masalah kesihatan mental yang diadakan pada Kempen Kesihatan Mental atau 'Mind Your Mind' sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental..

Objektif kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kesejahteraan mental dalam kalangan orang ramai selain mengurangkan stigma sosial berkaitan dengan masalah kesihatan mental dan mewujudkan pemahamam komprehensif mengenai pencegahan, pengecaman dan pengurusan masalah mental, terutamanya penyakit kemurungan, selain dapat mengongsi maklumat tentang Perkhidmatan Kesihatan Mental di negara ini.

Antara aktiviti termasuk pengunjung boleh memeriksa tahap tekanan mereka dengan membuat 'Pemeriksaan Kesejahteraan Mental' dan berpeluang untuk berjumpa serta berbincang dengan para Klinikal Psikologis dan Pakar Psikiatri di setesen 'Lakastah Minum dan Bekurapak'.

Selain itu, para pengunjung dijemput untuk membuat azam dalam penjagaan kesihatan mental dengan menulis ayat-ayat positif di atas kertas yang berbentuk daun 'Leaf a Pledge, Reap a Fruit', kemudian digantungkan pada ranting pokok yang disediakan.

Orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan pameran mengenai perkhidmatan kesihatan mental, masalah-masalah kesihatan mental serta rawatan-rawatan yang ada di negara ini.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel