A+ A A-

KUALA BELAIT, Sabtu, 30 Ogos. - Hospital Suri Seri Begawan (SSB) mengadakan Majlis Sempena Sambutan Kebangsaan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014 Bagi Daerah Belait bertempat di Dewan Serbaguna Hospital SSB.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Dekan (Akademia), Institut Sains dan Kesihatan Universiti Brunei Darussalam, Dr. Dayangku Hajah Nurolaini binti Pengiran Haji Muhammad Kifli.

Majlis adalah sempena menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang jatuh pada setiap bulan Ogos.

PR MOH6 300814

TIMBALAN Dekan (Akademia), Institut Sains dan Kesihatan Universiti Brunei Darussalam, Dr. Dayangku Hajah Nurolaini binti Pengiran Haji Muhammad Kifli menyampaikan hadiah kepada salah seorang ibu Sempena Sambutan Kebangsaan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014
Bagi Daerah Belait. (Foto : Ihsan Kementerian Kesihatan)

Sambutan adalah untuk mewujudkan kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dan mendukung dasar Kementerian Kesihatan bagi keperluan akreditasi.

Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Breastfeeding : A Winning Goal For Life' – 'Penyusuan Susu Ibu : Matlamat Kemenangan Untuk Kehidupan'.

Di majlis itu juga diteruskan penyampaian 'Educational Aid' kepada tenaga pengajar dan 'Nursing Cover' kepada para ibu yang baru melahirkan anak dan pelancaran video Bilik Sumber Pengajaran Penyusuan Susu Ibu oleh tetamu kehormat.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel