A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 April. - Sebagai usaha menanamkan kesedaran mengenai kepentingan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berkala kepada rakyat dan penduduk di negara termasuk warga Jabatan Kerajaan, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan mengadakan siri jerayawara Program Pemeriksaan Kesihatan yang disasarkan kepada mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Program Pemeriksaan Kesihatan ialah program penyaringan untuk mengesan dan mencegah penyakit kronik seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolesterol.

Sehubungan itu, jerayawara tersebut telah diadakan bagi warga Kementerian Pendidikan bertempat di Dewan P1 Kementerian Pendidikan, di sini.

Di antara Program Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan adalah pemeriksaan berat badan, tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah, tahap kolesterol, khidmat kaunseling dan rujukan kepada doktor atau pakar-pakar.

19042016 MASMALEH JERAYWARA PENDIDIKAN 1

SALAH seorang warga Kementerian Pendidikan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan.

Semasa jerayawara tersebut, Pegawai Kesihatan, Dayang Cathrina bin Haji Mohd Sigie Al-Islam menjelaskan bahawa program tersebut adalah untuk warga Kementerian Pendidikan yang berumur 40 tahun yang belum dikenal pasti mempunyai masalah kesihatan.

Warga pendidikan yang mempunyai masalah akan dirujuk kepada doktor ataupun pakar-pakar jika perlu.

Seramai 1,500 orang warga pendidikan akan menjalani pemeriksaan kesihatan bermula pada 18 hingga 23 April 2016.

Pegawai Psikologi Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Mustazah binti Awang Maidin, semasa ditemu bual menjelaskan bahawa kempen pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu kempen yang sangat baik, di mana pegawai dan kakitangan yang berumur 40 tahun ke atas dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan.

190416 HANI1 INTERBIU

PEGAWAI Psikologi Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Mustazah binti Awang Maidin semasa ditemu bual oleh wakil Pelita Brunei.

Menurutnya, bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas lebih mudah menghidapi penyakit kronik dengan adanya pemeriksaan kesihatan langkah-langkah awal pencegahan penyakit kronik dapat dicegah awal sebelum terlambat.

"Mencegah lebih baik daripada mengubati dan kos perubatan juga boleh dikurangkan. Inisiatif ini perlu dilaratkan sampai bila-bila kepada semua warga Kementerian Pendidikan khasnya, warga penjawat awam dan semua warga Brunei yang berumur 40 tahun ke atas," jelasnya.

Jelasnya, untuk kesinambungan, program ini juga perlu diteruskan dengan mengadakan aktiviti sukan sekurang-kurangnya dua kali dalam setiap bulan.

Antara objektif program ini diadakan adalah menanamkan kesedaran mengenai kepentingan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berkala dan juga kesihatan diri itu adalah tanggungjawab bersama dan memberikan peluang kepada orang awam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengetahui akan risiko penyakit tidak berjangkit.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel