A+ A A-

RIMBA, Khamis, 28 Januari. - Kementerian Kesihatan melalui Unit Program Pemakanan, Pusat Promosi Kesihatan, mengadakan Program Fit4Good bagi Sekolah Menengah Rimba, di sini.

Program tersebut akan berlangsung selama enam bulan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan para remaja sekolah yang mempunyai berat badan berlebihan dengan mengamalkan cara hidup sihat yang berpanjangan dan juga dapat mengawal obesiti dalam kalangan penuntut-penuntut sekolah.

280116 ASRI3 FIT

PENERANGAN dari Kementerian Kesihatan melalui Unit Program Pemakanan, Pusat Promosi Kesihatan mengenai Program Fit4Good kepada para pelajar Sekolah Menengah Rimba.

Kajian telah mendapati bahawa jika obesiti tidak ditangani pada peringkat kanak-kanak atau remaja, mereka akan terus menjadi obes dan prevalen obesiti di kalangan remaja sekolah akan meningkat dari setahun ke setahun.

Oleh yang demikian, menangani isu obesiti di peringkat awal boleh menjadi satu strategi yang berkesan bagi memerangi prevalen penyakit-penyakit tidak berjangkit di Negara Brunei Draussalam.

280116 ASRI4 FIT

PARA pelajar Sekolah Menengah Rimba yang menghadiri Program Fit4Good.

Di akhir program ini nanti, markah akan diberikan kepada penuntut-penuntut berdasarkan kepada perubahan pada tabiat pemakanan, tahap kegiatan fizikal dan perubahan pada peratus badan.

Tiga orang penuntut lelaki dan tiga penuntut perempuan yang mendapat markah tertinggi akan diberikan hadiah sebagai insentif atau galakan.

280116 ASRI1 FIT

ANTARA pengisian Program Fit4Good yang diadakan di Sekolah Menengah Rimba.

Program ini adalah merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan dalam merangka langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit terutama bagi pelajar-pelajar dan remaja demi mencapai Visi Kementerian Kesihatan, iaitu Bersama Ke Arah Warga Sihat 2035.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel