A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 September. - Mesyuarat Tahunan Saintifik Kedua 2015 selama tiga hari bermula hari ini dengan Pra-Persidangan Simposium dalam Pengimejan Jantung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini.

Pra-persidangan simposium itu antara lain membincangkan mengenai pengimejan jantung, di samping memberi perhatian dalam membantu personal perubatan membuat penilaian pantas dan tepat mengenai isu-isu jantung yang teruk terutama dalam situasi bahagian kecemasan.

250915 AZMAH01 SYMPOSIU pengimejan jantung dapat bantu pesakit kardiak

PAKAR Konsultan Radiologi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr. Sankarakumar
ketika membentangkan kertas kerjanya 'Peranan X-ray Dada di dalam Jabatan Kecemasan'.

Salah satu matlamat tersebut adalah untuk membolehkan doktor-doktor untuk menggunakan pelbagai kaedah pengimejan dalam sinergi di dalam menguruskan pesakit mereka yang sakit.

Pada pra-persidangan simposium itu, diteruskan dengan pembentangan bertajuk 'Peranan X-ray Dada di dalam Jabatan Kecemasan' (Role of Chest X-ray in the A and E Department) yang disampaikan oleh Pakar Konsultan Radiologi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr. Sankarakumar.

250915 AZMAH02 SYMPOSIU pengimejan jantung dapat bantu pesakit kardiak

ANTARA pegawai kanan Kementerian Kesihatan yang hadir.

Dalam pembentangannya, beliau menekankan bagaimana pengimejan modaliti yang mudah boleh digunakan bagi mengenal pasti keadaan jantung yang boleh mengancam nyawa selain turut memberi tip bagaimana untuk mentafsir X-ray dada dengan tepat melalui beberapa contoh.

Selain itu, beberapa pembentangan mengenai pengurusan penyakit jantung terutamanya 'Cardiac CT dan Cardiac MRI' turut disampaikan oleh pakar-pakar konsultan di negara ini.

250915 AZMAH03 SYMPOSIU pengimejan jantung dapat bantu pesakit kardiak

SEBAHAGIAN peserta Mesyuarat Tahunan Saintifik Kedua 2015 di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Perasmian mesyuarat berkenaan anjuran Persatuan Jantung Brunei Darussalam (Cardiac Society Brunei Darussalam) yang akan diadakan esok dijangka dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

 

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel