A+ A A-

BERAKAS, Ahad, 10 Mei. - Sukan Futsal bagi Sukan Ria Antara Syarikat 2015 yang disertai oleh 50 pasukan menjanjikan perlawanan sengit dengan menawarkan wang tunai sebanyak BND1,000 piala rebutan, medal dan piala iringan bagi pasukan juara.

Naib juara akan membawa pulang sejumlah BND700, medal dan piala iringan manakala tempat ketiga pula menerima BND500, medal berserta piala iringan.

100515 ARIFFIN1 FUTSALTETAMU kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam
dikenalkan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian pada acara Sukan Ria Antara Syarikat bagi Sukan Futsal. Hadir sama ialah
Persuruhjaya Buruh Awang Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof.

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam merasmikan kejohanan berkenaan dengan menyaksikan perlawanan pembuka tirai bertemu pasukan D’Sunlit Sdn. Bhd. dan Labour A, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

100515 ARIFFIN4 FUTSALSETIAUSAHA Tetap KHEDN,  Awang Haji Mohammad 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam menerima cendera hati daripada pihak penganjur.

100515 ARIFFIN5 FUTSAL
TETAMU kehormat bergambar ramai bersama Pasukan Jabatan Buruh 'A' dan Pasukan D'Sunlit Sdn Bhd.

 

100515 ARIFFIN6 FUTSAL
PASUKAN Jabatan Buruh 'A' berjersi merah jambu berjaya menenag pada Pasukan D'Sunlit Sdn Bhd berjersi putih jingga dengan jaringan 4-2.

Sukan Ria Antara Syarikat adalah acara sukan tahunan yang diselenggarakan oleh Jabatan Buruh, KHEDN dengan kerjasama Sunlit Advertising Sendirian Berhad.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel