A+ A A-

SPE PB Student Chapter ditubuhkan

LUMUT, SERIA, Sabtu, 7 Januari. - Persatuan Kejuruteraan Petroleum Politeknik Brunei Student Chapter (SPE PB Student Chapter) ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul, menyebar dan bertukar-tukar pengetahuan teknikal mengenai penggalian, pembangunan dan pengeluaran sumber-sumber minyak dan gas serta teknologi.

Selain itu ia juga memberi peluang kepada golongan profesional untuk meningkatkan kecekapan teknikal dan profesional dalam menyediakan sokongan kepada aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

070117 NORAISAH SPE POLITEKNIK 3

KETUA Jurutera Petroleum, Brunei Shell Petroleum Company Sdn. Bhd, Liz Sturman dan Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai bergambar ramai bersama SPE PB Student Chapter.

Sehubungan itu, SPE PB Student Chapter telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Jurutera Petroleum, Brunei Shell Petroleum Company Sdn. Bhd, Liz Sturman bertempat di PB, Sekolah Sains dan Kejuruteraan, di sini.

Ia dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Muhammad Aiman Wafri bin Zafri.

Ketika ditemubual Pelita Brunei, Liz Sturman berkata, SPE mempunyai pembangunan latihan terbesar dengan rangkaian organisasi yang sangat aktif.

070117 NORAISAH SPE POLITEKNIK 1

KETUA Jurutera Petroleum, Brunei Shell Petroleum Company Sdn. Bhd, Liz Sturman ketika ditemubual PELITA BRUNEI.

"Ini merupakan rangkaian global dan sangat bermanfaat yang mampu mendekatkan kepada masyarakat. Dan pelajar SPE mempunyai banyak peluang untuk menyertai pelbagai program kuliah yang ditawarkan," tambah beliau.

Sementara itu, Pengarah PB, Denis Ho Mun Tai, ketika ditemubual menyatakan mengenai perbezaan antara PB dan Sekolah Kejuruteraan yang lain yang mana PB bukanlah sebahagian daripada IBTE.

070117 NORAISAH SPE POLITEKNIK 2

PENGARAH Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai ketika ditemubual.

"PB merupakan sebuah institusi yang lebih tinggi dengan menawarkan kelulusan HND, Ijazah Sarjana dan lain-lain manakala IBTE menawarkan kelulusan Diploma dalam tempoh lima tahun pengajian," ujarnya.

SPE PB Student Chapter adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bukan untuk mengaut keuntungan yang disertai oleh seramai 86 pelajar dengan misi untuk menjadi sebuah badan pelajar bebas yang menggalakkan profesionalisme dan meningkatkan kecekapan teknikal dalam industri minyak dan gas.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel