A+ A A-

Kraf tangan tempatan tarik pelancong

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Januari. - Pakej Pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer Warisan Negara yang telah dilancarkan bukan sahaja bertujuan meningkatkan aktiviti pelancongan, tetapi juga melibatkan pengusaha-pengusaha tempatan dalam mempromosikan produk-produk yang mereka hasilkan.

070117 AMIRUL8 PPP

AWANG Junggal bin Jumat.

Salah seorang pengusaha daripada Majlis Perundingan (MPK) Kampung Putat, Awang Junggal bin Jumat ketika ditemui berkata, para pelancong lebih memilih untuk membeli produk-produk kraf tangan hasil buatan orang-orang tempatan yang mempunyai keaslian dan kreativiti tersendiri sebagai buah tangan berbanding produk-produk cenderamata yang didatangkan daripada negara luar.

Beliau yang menyertai pameran Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer Warisan Negara tersebut menjual pelbagai barangan kraf tangan kayu yang menarik di mana seni pembuatan kraf tangan itu beliau warisi dari datuknya.

070117 AMIRUL11 PPP

MINA Tan dari Australia ketika ditemu bual.

Selain itu, Pelita Brunei juga sempat menemu bual salah seorang pelancong dari Australia, Mina Tan yang membeli beberapa beg kraf tangan hasil buatan pengusaha tempatan.

Menurutnya, beg-beg tersebut dibeli untuk dirinya sendiri dan ada juga yang akan dihadiahkan kepada kawan-kawannya.

"Saya menyukai beg ini kerana hasil seninya unik dan istimewa," ujarnya.

070117 AMIRUL10 PPP

STEVE Clayton dari United Kingdom ketika ditemu bual.

Bagi Steve Clayton yang berasal dari United Kingdom, melawat Kampong Ayer merupakan satu pengalaman yang menarik kerana beliau berpeluang melihat cara kehidupan penduduk tempatan yang tinggal di sana.

Beliau yang bekerja di negara ini sebagai seorang jurutera menjelaskan, dirinya berminat untuk melawat pameran pakej pelancongan tersebut kerana berasa ingin tahu apa yang ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan dan juga membeli beberapa barangan kraf tangan sebagai cenderamata untuk dibawa pulang ke negara beliau nanti.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel