A+ A A-

Hasil produk MPK tingkatkan ekonomi pengusaha

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Januari. - Dalam mengusaha dan mempergiatkan lagi produk kampung secara berskala besar, Majlis-Majlis Perundingan Kampung (MPK) turut terlibat pada pameran yang berlangsung di Galeri Seni, Dermaga Diraja bagi memperkukuhkan serta mengembangluaskan lagi jaringan perniagaan yang sedia ada.

Lebih 10 MPK terlibat dalam mempamerkan produk-produk jualan mereka pada Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer Warisan Negara, di ibu negara, di sini.

Antara produk yang dijual ialah produk berasaskan kraf tangan yang dihasilkan oleh MPK Sengkurong 'A', MPK Putat dan MPK Bebuloh; produk keropok-Keropok yang dihasilkan oleh MPK Pulau Baru-Baru, Sungai Bunga dan Tanjong Kidana, MPK Kapok serta MPK Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; makanan laut yang dihasilkan, iaitu Ikan yang dihasilkan oleh MPK Sungai Matan; anyaman bakul dari MPK Bebuloh dan MPK Kawasan 2, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rimba; produk makanan Brunei, iaitu Tumpi dari MPK Putat dan MPK Limau Manis, makanan jala hasil dari MPK Sengkurong 'B' dan MPK Kawasan 2, RPN, Mentiri dan penghasilan Madu yang diusahakan oleh MPK Tungku / Katok dan MPK Jerudong.

070117 AMIRUL9 PPP

AWANG Md. Daud bin Haji Lamat selaku Setiausaha Biro Ekonomi Kampung Bebuloh menghasilkan kraf tangan seperti tabung buloh, Meriam, bedil dan sebagainya.

Sementara itu, Awang Md. Daud bin Haji Lamat selaku Setiausaha Biro Ekonomi Kampung Bebuloh berkata, beliau menghasilkan kraf tangan seperti tabung buloh, Meriam, bedil dan sebagai sudah lebih lima tahun dengan mempelajarinya sendiri manakala menghasilkan 'pemarang' melalui enam orang guru, iaitu seorang dari Melaka, dua orang dari Lawas, dua orang dari Limbang dan seorang dari Negara Brunei Darussalam.

Ketika ditanya mengenai kayu yang diperolehi, beliau suka menggunakan kayu merbau kerana jika ia sudah lama, barulah mengeluarkan hasil yang bagus.

Katanya, proses menjemur kayu selama enam bulan, iaitu tiga bulan membuang kulitnya dan tiga bulan untuk membiarkan ia kering dengan dilindungi dari panas matahari.

Selain menyertai pameran MPK, beliau juga menghantar produk-produknya ke Muzium Teknologi dan Alat-Alat Kebesaran Diraja.

070117 AMIRUL12 PPP

AWANG Haji Md. Yamin bin Haji Jaafar selaku ahli dari MPK Jerudong menghasilkan Madu Trigona itama.

Manakala bagi Awang Haji Md. Yamin bin Haji Jaafar selaku ahli dari MPK Jerudong pula menghasilkan Khasiat Madu Kelulut, iaitu Madu Trigona itama.

Madu ini katanya banyak mengeluarkan hasil dan khasiatnya tersendiri antaranya seperti dapat membantu mengawal berat badan, mencegah ketumbuhan dalam badan, menjaga kesihatan mata, menyembuhkan gout, melancarkan peredaran darah dan sebagainya.

Ketika ditanya mengenai hasil yang diperoleh, beliau memperoleh hasil antara BND1,000 ke BND3,000 sebulan mengikut keadaan cuaca.

070117 AMIRUL13 PPP

AWANG Abd. Malik bin Haji Siajuan, salah seorang penternak Madu Lebah Kelulut MPK Tungku / Katok.

Bagi Awang Abd. Malik bin Haji Siajuan selaku salah seorang Penternak Madu Lebah Kelulut MPK Tungku / Katok berkata, produk-produk yang dijual termasuk juga makanan-makanan tetapi yang utama adalah Madu Kelulut dengan dua jenis madu utama, iaitu G thoracica Pure Honey dan H itama Pure Honey.

Selain madu katanya, juga ada produk serum serta sabun madu kelulut yang menghasilkan khasiat yang banyak antaranya seperti sebagai supplemen bagi menambah tenaga luar dan dalam, menyembuhkan luka, mencegah kanser dan sebagainya.

Beliau memperoleh madu melalui menternak lebah kelulut, iaitu lebih kepada pemuliharaan lebah, dengan menghasilkan 1 liter ke 6 liter sebulan, ianya tertakluk kepada permintaan orang ramai.

Tambahnya, beliau sering menyertai pameran MPK dan ekspo-ekspo jualan serta melalui lawatan kerajaan untuk mempromosikan produk mereka.

Selain produk-produk MPK, lebih 15 ejen pelancongan dan pengusaha-pengusaha pelancongan juga terlibat pada pameran dalam memberikan tumpuan utama kepada penjualan pakej-pakej pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

070117 AMIRUL14 PPP

KETUA Pegawai Eksekutif Badan Penyelaras Promosi Pelancongan Daerah Tutong, Awang Md. Amir bin Haji Omarali.

Antara yang menyertai ialah Titian Travel and Tours, Sunshine Borneo Tours, Brunei River Cruise, Freme Travel, Pan Bright Travel, Poni Divers dan sebagainya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Badan Penyelaras Promosi Pelancongan Daerah Tutong, Awang Md. Amir bin Haji Omarali berkata, Daerah Tutong melalui Badan Penyelaras Promosi Pelancongan Daerah Tutong menawarkan City Tour dan Pakej Kampungku di Kampung Kiudang.

Pakej City Tour merupakan pakej yang telah pun mengambil masa dalam satu hari sahaja dan ini merupakan pakej pengenalan untuk mengenal Daerah Tutong dengan lebih mendalam lagi.

Badan Penyelaras Promosi Pelancongan Daerah Tutong ditubuhkan sebagai penyelaras segala aktiviti lawatan di Daerah Tutong termasuk produk-produk yang berasaskan pelancongan dan semua konsep pelancongan di daerah berkenaan.

Manakala Kampung Kiudang, merupakan salah satu pakej lawatan yang berasaskan komuniti.

"Pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan banyak memberi dorongan serta 'guideline' bagi pengurusan yang lebih baik, ini termasuk menyediakan panduan-panduan dalam kami mengendalikan semua
aktiviti-aktiviti pelancongan di Daerah Tutong termasuk dari segi Tour Guide dan sebagainya," ujarnya.

Pameran dan jualan produk pelancongan ini dibukakan kepada orang ramai selama 2 hari, iaitu bermula hari Sabtu, 7 Januari 2016 dari jam 4.30 petang sehingga 8.30 malam dan hari Ahad, 8 Januari 2016 dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Di samping itu juga, pameran secara tidak langsung memberikan peluang kepada orang ramai untuk membuat tempahan bagi produk-produk yang telah dihasilkan.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel