A+ A A-

Pakej Pelancongan dalam negara unik

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa ditemu bual. Notes:

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Januari. - Pakej-pakej pelancongan yang lebih teratur dapat memberikan maklumat yang jelas kepada para pelancong mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Bandar Seri Begawan (BSB) melalui pakej yang menawarkan lawatan selama setengah hari, sehari atau pada waktu malam.

Selain itu, pelancong-pelancong juga dapat mengetahui bagaimana untuk menuju ke tempat-tempat yang ingin dilawati seperti Majid Sultan Omar Ali Saifuddien, Kampong Ayer dan Royal Regalia sama ada dengan menggunakan bas, berjalan kaki atau menaiki perahu.

 070117 AMIRUL15 PPP

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong ketika ditemu bual.

Perkara tersebut diterangkan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong ketika ditemu bual Pelita Brunei selepas Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer Warisan Negara yang diadakan di Galeri Seni, Dermaga Diraja, di ibu negara.

Dengan adanya pakej sebegini, beliau menambah, ia menggalakkan mereka untuk kembali bercuti di negara sendiri dan menceritakan pengalaman menarik mereka kepada keluarga atau kawan-kawan di tanah air mereka.

 070117 AMIRUL16 PPP

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof ketika ditemu bual.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berasa yakin bahawa penggabungan usaha sama antara tiga kementerian bagi menghasilkan produk pakej pelancongan tersebut akan menghasilkan kejayaan dan memberi pulangan kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan.

Yang Berhormat berpendapat, peranan dalam usaha pembangunan belia juga perlu dilaksanakan bagi mendedahkan mereka kepada keusahawanan atau kesukarelawanan dalam bidang pelancongan termasuk sebagai pemandu pelancong.

Yang Berhormat menjelaskan, adalah penting bagi para belia untuk mengenali dan memahami sejarah negara sendiri yang mana mereka akan dapat mengongsikan pengetahuan mereka kepada pengunjung atau pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Dalam temu bual bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, beliau memberitahu bahawa produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) mempunyai potensi yang besar untuk diperkembangkan di negara ini memandangkan terdapat lebih 200 produk daripada lebih 70 buah kampung.

Yang Berhormat juga menegaskan mengenai kepentingan dalam menyediakan platform atau tempat bagi pengusaha-pengusaha mempromosikan produk-produk.

"Saya difahamkan bahawa jualan pengusaha-pengusaha 1K1P sewaktu di acara-acara seperti ini akan meningkat memandangkan pelancong bukan sahaja datang untuk menyaksikan tempat yang bersejarah dan menarik tetapi juga membeli produk-produk yang boleh mereka bawa balik sebagai buah tangan," jelas Yang Berhormat.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel