A+ A A-

TASKA terapkan kaedah lebih kondusif, seronok

CUCUNDA Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Dayang Aaishah Rabi'atu Masna binti Yusrin semasa memulakan pembelajaran KG3 Orange di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA).

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Januari. - Kaedah pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA) lebih menjurus kepada dapatan penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak antarabangsa yang kini mendapat perhatian pakar dan pengamal pendidikan awal kanak-kanak di negara maju.

Pemangku Pengetua TASKA, Dayang Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab semasa ditemui menyatakan pendekatan ini ialah 'Pembelajaran Berasaskan Bermain' dan pihak TASKA percaya dapat memberikan hasil yang berkesan kepada pembelajaran murid-murid mengambil kira sifat kanak-kanak yang suka bermain.

"Kaedah itu didapati lebih mendatangkan kesan positif kerana ia dapat menarik perhatian murid-murid dengan adanya sekeliling yang kondusif dan menyeronokkan," jelasnya lagi ketika hari pertama kemasukan murid-murid Taska pagi tadi, di sini.

Dayang Hajah Zainab seterusnya menerangkan aktiviti-aktiviti yang diberikan juga menekankan konsep penemuan dan pengalaman langsung serta berasaskan kepada projek.

Katanya, pendekatan ini juga dapat menanamkan ciri-ciri seperti kerja berpasukan, sosialisasi, kepimpinan dan lainnya yang secara tidak langsung memberikan pengalaman pembelajaran yang holistik dan ia juga dilaksanakan secara berfasa mengikut peringkat murid-murid TASKA.

"Dalam memastikan pendekatan ini dilaksanakan dengan teratur dan berkesan, pihak TASKA telah mengusahakan pelbagai bentuk latihan kepada guru-guru dan para pembantu guru sejak tahun 2015 sehingga kini.

AMIRUL YAYASAN TASKA 5

CUCUNDA Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Yang Mulia Pengiran Muhammad Abdul Haadee Mubasheer bin Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Badee semasa memulakan pembelajaran KG 2 Purple di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA).

"Alhamdulillah, tenaga pengajar di TASKA telah dapat mendalami pengetahuan dan kepakaran mereka untuk menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran mereka", katanya lagi.

Dayang Hajah Zainab menambah, dengan adanya tenaga pengajar dan pembantu serta kakitangan yang terlatih dan dedikasi, perisian pendekatan pengajaran terkini, kemudahan pengajaran dan pembelajaran lengkap serta keadaan sekeliling yang kondusif, TASKA penuh yakin, murid-murid yang sedia ada dan yang baru saja memulakan persekolahan akan dapat menikmati suasana pembelajaran secara holistik dan berkualiti.

Pihaknya juga yakin pembelajaran yang diperoleh di TASKA itu dapat memenuhi kehendak tanda aras pendidikan awal kanak-kanak semasa yang setentunya sentiasa berpandukan kepada falsafah negara, iaitu Melayu Islam Beraja.

Jumlah kemasukan murid-murid TASKA tahun ini meningkat sebanyak 607 orang berbanding tahun sebelumnya, iaitu 585 sahaja.

Berdasarkan peningkatan itu, pentadbiran TASKA mengambil inisiatif dengan menambah bilangan sehingga lima buah kelas pada sesi petang.

Antara murid-murid TASKA yang memulakan sesi pembelajaran ialah cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Dayang Aaishah Rabi'atu Masna binti Yusrin dalam KG3 Orange dan cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, Yang Mulia Pengiran Muhammad Abdul Haadee Mubasheer bin Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Badee' dalam KG2 Purple.

AMIRUL YAYASAN TASKA 6

PARA pelajar KG 1, 2 dan 3 yang memulakan pembelajaran di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB).

Sementara itu, ibu bapa salah seorang murid TASKA, Awang Md. Sarbini bin Haji Md. Said dan isteri, Dayangku Nurul Hismah binti Pengiran Yussof berkata, mereka menerapkan motivasi kepada anak mereka sebelum menjejaki kaki ke alam persekolahan.

Mereka menyedari bahawa alam persekolahan adalah pengalaman yang baru terutama sekali murid-murid kecil itu namun mereka gembira apabila anak mereka walaupun pemalu tapi mudah mesra dengan kawan-kawan serta pihak TASKA juga menyediakan pelbagai jenis permainan demi membiasakan diri dan tidak takut dengan suasana persekitaran.

Pembelajaran di TASKA antara lain menawarkan pengajaran empat bahasa, iaitu Melayu, Inggeris, Arab dan Mandarin, di samping belajar komputer, muzik serta asuhan budi seperti bacaan surah-surah pendek (Surah Al-Quran), doa-doa tatacara berwuduk dan bersembahyang dan sebagainya.

Para murid juga didedahkan dengan mengikuti aktiviti-aktiviti dalam hari-hari kebesaran seperti Awal Tahun Hijrah, Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Hari Kebangsaan Negara, Hari raya, Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei dan lain-lain lagi.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel