A+ A A-

Sebuah kedai musnah dalam kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Januari. - Sebuah kedai, Syarikat Awang Haji Md Yusof bin Haji Yassin dan Anak-Anak di Unit No. 21, Bangunan Haji Ibrahim, Kampung Mentiri, terjejas dalam satu kebakaran.

Dalam kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 6.30 pagi dan telah mengerahkan lima anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Mentiri dan diketuai oleh ABK 43 Haji Jemeluddin bin Haji Mohd Zain.

080117IHSANJBP01

SYARIKAT Awang Haji Md Yusof bin Haji Yassin dan Anak-Anak di Unit No. 21, Bangunan Haji Ibrahim, Kampung Mentiri, terjejas dalam satu kebakaran.

Apabila tiba di tempat kejadian, didapati asap tebal keluar dari pintu utama. Menerusi siasatan lanjut didapati api kecil di bahagian dalam kedai. Anggota bomba dan penyelamat berjaya mengawal kebakaran tersebut dalam masa 10 minit. Dalam kebakaran tersebut telah melibatkan keseluruhan kedai yang menjual pakaian-pakaian dan berbagai-bagai aksesori tersebut dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak BND150,000.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat oleh pihak polis.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel