A+ A A-

Brunei Classic Ride 2017 disertai 482 pelumba

SUASANA ketika pelepasan para peserta lumba Brunei Classic Ride 2017.

KUALA BELAIT, Ahad, 8 Januari. – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dengan Kerjasama Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan dan dikendalikan oleh Tum-Tum Cycle Event Management telah menganjurkan Brunei Classic Ride 2017, pagi tadi yang diadakan di Hadapan Bangunan RTB, Jalan Maulana, Kuala Belait.

Kejohanan tersebut disertai 482 pelumba bertujuan untuk menghidupkan kembali lumba basikal yang pernah dianjurkan pada tahun 1960-an dan 1970-an, di samping memupuk gaya hidup sihat dan membudayakan aktiviti berbasikal kepada masyarakat.

Kejohanan itu melalui tiga daerah yang bermula dari Kuala Belait, Tutong dan menuju Brunei-Muara yang berakhir di hadapan Bangunan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Bandar Seri Begawan.

080117 DNM BRUNEI CLASSIC 3

NURUL Fatin Hazirah binti Zulkifli merupakan salah seorang peserta Kategori Terbuka Wanita.

080117 DNM BRUNEI CLASSIC 4

DAYANG Zulina binti Haji Abu Kassim kakitangan DST iaitu merupakan salah seorang peserta Classic Challenge.

Pelita Brunei berkesempatan menemubual beberapa peserta, iaitu Dayang Nurul Fatin Hazirah binti Zulkifli, 19, peserta Kategori Terbuka Wanita, yang memanfaatkan sukan berbasikal dapat merapatkan hubungan keluarga dan yakin sampai ke destinasi walaupun baru sebulan mengikuti sukan berbasikal.

Semantara Dayang Zulina binti Haji Abu Kassim, 42, bekerja dengan DST juga berazam menamatkan perlumbaan Classic Challenge yang disertai bersama rakan-rakan kerjanya.

080117 DNM BRUNEI CLASSIC 5

KATERGORI Berpasukan mewakili ‘Belait Cycling Club’.

Manakala peserta berkumpulan seramai lapan orang sepasukan merupakan peserta dari 'Belait Cycling Club', dua dari mereka disertai oleh Awang Muhammad Halelo, 43, bekerja di STL yang mana beliau sudah bergiat aktif dalam sukan berbasikal sejak tahun 80-an, sementara Awang Anang bin Idris, 32, bekerja di Jabatan Penerangan meminati sukan berbasikal sejak tahun 2012 dan berhasrat menamatkan perlumbaan.

Pelita Brunei juga sempat menemui peserta Non Comparetative merupakan bekas Pengetua Sekolah Chung Hua, Kuala Belait, Song Kin Fha, 70.

080117 DNM BRUNEI CLASSIC 6

PESERTA Non Comparetative, Song Kin Fha menyatakan sukan berbasikal membuat beliau lebih cergas.

Sukan berbasikal membuat beliau lebih cergas dan lebih ceria walaupun menghidap kanser, umur dan penyakitnya itu bukanlah menjadi penghalang beliau yang masih aktif dan merupakan anggota B.E.S.T (Berbasikal Expedisi Sukarelawan Tutong).

Pelita Brunei juga berkesempatan menemu bual peserta jemputan Kategori Legend, Awang Haji Abu Bakar bin Abdullah, 57, bekas anggota Bomba dan Penyelamat yang memang bergiat aktif dalam sukan berbasikal sejak tahun 1975 dan menjuarai disetiap perlumbaan yang beliau sertai.

080117 DNM BRUNEI CLASSIC 7

AWANG Haji Abu Bakar bin Abdullah peserta Kategori Legend memang bergiat aktif dalam sukan berbasikal sejak tahun 1975.

Selain aktif berbasikal beliau juga mengemari sukan Bola Sepak, Silat dan Taekwando. Walaupun kini beliau mengalami masalah jantung yang dipasang dengan alat bantu, namun itu juga tidak menghalang beliau dari terus aktif malah beliau berasa bertambah sihat dan tetap bersemangat.

Beliau merupakan Presiden Kelab KNIGHTS yang bertanggung jawab melahirkan pemain sukan ragbi seawal peringkat remaja dan berlatih setiap hari malah sempat mengongsikan kata-kata menyuntik semangat.

Kejohanan tersebut dipertandingkan dalam enam kategori; Kategori Wanita, Kategori Veteran, Kategori Master, Kategori Novice, Kategori Elite dan Kategori Berpasukan.

Hadir bagi melancarkan kejohanan tersebut ialah Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel