A+ A A-

Pasukan Belia Masjid Kampung Bengkurong raih Piala Zain

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof (belakang, dua dari kiri) bergambar bersama juara perlawanan akhir Bola Sepak Piala Zain bagi Belia Masjid Senegara Tahun 2017, Pasukan Belia Masjid Kampung Bengkurong (Zon 3).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Januari. - Pasukan Belia Masjid Kampung Bengkurong (Zon 3) muncul juara dan sekali gus merebut Piala Zain setelah mengalahkan Pasukan Belia Masjid Kampung Pengkalan Batu (Zon 1) menerusi tendangan penalti 4 - 3 pada Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Zain bagi Belia Masjid Senegara Tahun 2017.

Sementara itu, Pasukan Bahagian Jabatan Hal Ehwal Masjid 'A' muncul juara Piala Pengarah Hal Ehwal Masjid setelah menumpaskan Pegawai-Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Daerah Temburong 1 - 0 pada Perlawanan Akhir Bola Sepak bagi Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Senegara Tahun 2017.

080117 PIALAZAIN MSS 2

SETIAUSAHA Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tempat ketiga Perlawanan Bola Sepak Piala Zain disandang oleh Pasukan Belia Masjid Daerah Temburong manakala Jabatan Pengajian Islam (JPI) memenangi tempat ketiga Perlawanan Bola Sepak bagi Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Senegara Tahun 2017.

Perlawanan bola sepak persahabatan Ukhwah disandang oleh penyokong-penyokong Liverpool F.C. setelah berjaya mengalahkan penyokong-penyokong Manchester United F.C. dengan jaringan 1 - 0 yang juga diadakan.

Hadir menyaksikan perlawanan dan menyampaikan hadiah dan piala ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof di Padang Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah petang tadi.

Objektif perlawanan adalah untuk meningkatkan diri agar sentiasa aktif melakukan sukan dalam melahirkan warga sihat juga membuka minda agar sentisa bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang berkebajikan.

080117 PIALAZAIN MSS 3

PERLAWANAN Bola Sepak Persahabatan Ukhwah oleh Penyokong-Penyokong Liverpool F.C dan Penyokong-Penyokong Manchester United F.C.

Melalui perlawanan tersebut yang diadakan selama dua hari bermula 7 Januari lalu akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara belia-belia masjid seluruh negara dan seterusnya membimbing mereka agar melaksanakan acara kegiatan riadah / sukan mengikut peraturan yang diharuskan dalam Islam.

Pada masa yang sama, ia diharap akan dapat memantapkan keimanan dan jati diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai belia masjid yang cemerlang dan berwawasan terhadap agama, masyarakat dan negara selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana baginda menekankan supaya golongan belia di negara ini komited dan mempunyai kesedaran atau responsif terhadap apa jua usaha kerajaan untuk negara ini.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel