A+ A A-

RBC Lifestyle perkenalkan konsep santai

TIMBALAN Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (empat, kiri) dan Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah (empat, kanan) ketika bergambar ramai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Januari. - Royal Brunei Catering Sendirian Berhad (RBC) melakar sejarah dengan pembukaan rasmi restoran terbaharu RBC Lifestyle di Yayasan Blok H, Waterfront Jalan McArthur, di ibu negara malam tadi.

Pembukaan rasmi restoran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Timbalan Menteri kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah.

Turut hadir, Pengurus Besar RBC, Awang Ahmad Husaini bin Hassan dan Pemangku Timbalan Pengurus Besar, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah RBC, para jemputan dan warga media.

Dengan menyajikan hidangan sarapan gourmet dan slider mini istimewa RBC, restoran berkenaan juga merupakan tempat bagus bagi pelanggan yang ingin menikmati pasta, piza, frankfurter, sayap ayam salai serta ikan dan kentang goreng yang menyelerakan sambil menyaksikan pemandangan indah Kampong Ayer.

Peminat kopi juga boleh menikmati kopi berkualiti tinggi yang dibuat di restoran itu serta float sejuk yang terdapat dalam pelbagai perisa.

Bersempena dengan pembukaan rasminya, RBC Lifestyle hari ini menawarkan slider mini dan kentang goreng percuma kepada 200 pelanggan pertama bermula 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @rbclifestyle_bn di Instagram bagi mengetahui perkembangan maklumat terkini dan promosi mereka atau menghubungi restoran melalui talian 2220185 / 2220186.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel