A+ A A-

Acara Lumba Perahu Tradisi meriahkan Bandarku Ceria

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong bersama pemenang-pemenang acara 25 Pekayuh Maraton antara mukim-mukim, daerah-daerah dan syarikat-syarikat.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Januari. - Pasukan Lela Cheteria Kampung Lurong Dalam dari Mukim Burong Pingai Ayer muncul juara bagi Kategori Lumba Perahu Maraton Terbuka 25 Pekayuh sebagai acara kemuncak bagi Acara Lumba Perahu Tradisi 2017 yang berlangsung hari ini bertempat di perairan Sungai Brunei.

Pengurus Pasukan tersebut ketika ditemui Pelita Brunei melahirkan rasa syukur kerana sekali lagi berjaya meraih johan bagi Kategori Lumba Perahu Maraton Terbuka 25 Pekayuh di mana pada Regata 2016 yang lalu, pasukan tersebut juga telah meraih tempat pertama.

080117 FO AM-7

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri , Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyampaikan piala dan hadiah kepada johan Kategori 25 Pekayuh Maraton yang disandang oleh Pasukan Lela Cheteria Kampung Lurung Dalam.

Menurut Pengurus Pasukan Lela Cheteria Kampung Lurong Dalam, Pengarah Haji Ibrahim bin Haji Mohd. Yusuf, perlumbaan yang berlangsung itu sangat senget dan beliau tidak menyangka akan beroleh kejayaan kerana kesemua pasukan yang bertanding adalah merupakan pasukan yang hebat-hebat belaka.

"Alhamdullilah, 'teamwork' dan latihan yang mantap oleh pasukan ini membuktikan tiada yang mustahil untuk diraih. Pasukan ini telah menjalani latihan lebih kurang dua bulan setelah pulang dari menyertai Sarawak International Dragon Boat Regatta 2016 pada bulan November lalu," jelasnya.

Tegasnya, latihan akan terus dijalankan seperti biasa untuk persediaan bagi acara perlumbaan seterusnya.

080117 FO AM-5

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir selaku tetamu kehormat di Acara Lumba Perahu Tradisi 2017.

Kategori 25 Pekayuh Mukim-Mukim dan Kategori 20 Pekayuh Mukim-Mukim pula dirangkul oleh Pasukan Seri Pahlawan mewakili Mukim Tamoi dan bagi Kategori 10 Pekayuh Syarikat-Syarikat pula disandang oleh Pasukan Syarikat RPM Maju.

Sementara itu, juara bagi Kategori 15 Pekayuh Daerah-Daerah disandang oleh Pasukan Daerah Temburong dan Kategori 15 Pekayuh Mukim-Mukim diraih oleh Pasukan Mukim Saba.

Kategori 15 Pekayuh Syarikat-syarikat dimenangi oleh Pasukan Syarikat RPM Maju.

Bagi Kategori Lumba Dua Pekayuh Padian dimenangi oleh peserta dari Pasukan Mukim Kota Batu dan Kategori Perahu Pemukat 13 Kaki 18HP 2 Piston Sebanyak 6 Pusingan diberikan kepada Abd. Hanif.

080117 FO AM-6

SEBAHAGIAN dari orang ramai yang menyaksikan Acara Lumba Perahu Tradisi 2016 di Dermaga Diraja.

Sementara Kategori Botlaju 18HP Sebanyak 8 Pusingan disandang oleh Zul dan Kategori Dua Pekayuh Padian dimenangi oleh Pasukan Pekayuh Bungsu.

Kategori Perahu Pemukat 30HP 2 Piston pula diraih oleh Rozali, manakala Kategori Perahu Botlaju 30HP 10 Pusingan diberikan kepada Suhaili.

Terakhir adalah Kategori Pekayuh Padian, yang dimenangi oleh Pasukan Katam Kalok.

Acara tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Kota Batu dan dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM).

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah-hadiah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong di Dermaga Diraja di sini.

080117 FO AM-2

PASUKAN Daerah Brunei dan Muara pada acara 20 Pekayuh Daerah-Daerah semasa menghampiri garisan penamat.

Acara tersebut melibatkan pasukan dari daerah-daerah, mukim-mukim, pasukan jemputan dan syarikat swasta.

Acara seumpamanya dapat memeriahkan, menghidupkan lagi suasana bandar serta menyokong inisiatif Bandarku Ceria selain mendapat kerjasama daripada orang ramai dan mereka yang terlibat agar segala yang dirancang akan dapat berjalan dengan lancar.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel