A+ A A-

ITQSHHB terima kemasukan 79 pelajar baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Januari.- Seramai 79 pelajar baharu, 41 lelaki dan 38 perempuan diterima masuk ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) pada Majlis Penerimaan Pelajar Baharu Tahun 7 bagi Sesi 1438 Hijrah / 2017 Masih.

Bagi pelajar-pelajar lelaki sesi tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna, Blok Asrama Lelaki, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Tutong, sementara bagi pelajar-pelajar perempuan pula telah diadakan di Lobi Asrama Perempuan, Bangunan Ong Sum Ping, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Negara Brunei Darussalam.

090117 SYIAR ITAQSHHB 1

PELAJAR lelaki didaftarkan oleh penjaganya di Dewan Serbaguna, Blok Asrama Lelaki, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Tutong.

Kedua-dua acara berlangsung secara serentak dan dikendalikan oleh para pegawai dan kakitangan Institut berkenaan.

Sepertimana lazimnya, para pelajar akan didaftarkan oleh ibubapa / penjaga masing-masing dan seterusnya pelajar menempati bilik-bilik di asrama di mana mereka akan meneruskan pengajian di institut berkenaan.

090117 SYIAR ITAQSHHB 2

PELAJAR perempuan yang ditemani oleh ibu bapa di Lobi Asrama Perempuan, Bangunan Ong Sum Ping, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Setiap pelajar dikehendaki untuk tinggal di asrama sepanjang pengajian di ITQSHHB, walau bagaimanapun mereka juga dibenarkan untuk balik ke rumah masing-masing seminggu sekali dan pada hari-hari kelepasan awam yang bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya lebih berdikari, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri masing-masing dalam suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

Beberapa aktiviti telah diaturkan sepanjang minggu Ta'aruf (minggu suai kenal) ITQSHHB yang akan berlangsung bermula 9 Januari sehingga 14 Januari ini.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel