A+ A A-

Elak perkara menjejaskan pembelajaran anak

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Januari. - Para ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau pembelajaran anak-anak mereka di rumah dan jangan leka dengan alat permainan (games) dan telefon pintar atau sebagainya yang boleh menjejaskan pembelajaran mereka.

Pengetua Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD), Dayangku Hajah Radiah binti Pengiran Haji Md. Tahir menegaskan perkara demikian semasa Majlis Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baharu Tahun 5 di Dewan Sekolah SUAMPRIPAD.

090117 HAMZAH-003 KHEU

MAJLIS Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baharu Tahun 5 diadakan di Dewan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD).

Dayangku Hajah Radiah dalam taklimatnya seterusnya menekankan para ibu bapa diharap, agar dapat memahami persekitaran pembelajaran anak-anak mereka di sekolah tersebut menyokong supaya anak-anak mereka mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.

''Di samping itu juga, ibu bapa hendaklah sentiasa mengingati dan mengarahkan anak-anak abiskita untuk mengerjakan sembahyang,'' tegasnya lagi.

Antara inti pati taklimat selain menerangkan peraturan-peraturan sekolah, beliau juga menjelaskan misi SUAMPRIPAD antaranya membentuk pelajar yang berpendidikan dengan menyalurkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi bagi mendukung kemajuan negara dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Seramai 336 pelajar Tahun 5 akan memulakan pengajian di SUAMPRIPAD dan dibahagikan kepada 12 buah kelas pada tahun ini.

090117 HAMZAH-005 KHEU

GURU Kanan Akademik 2, SUAMPRIPAD, Hajah Ianthi binti Haji Ismail semasa ditemu bual.

Sementara itu, Guru Kanan Akademik 2, Dayang Hajah Ianthi binti Haji Ismail semasa ditemui berkata, dari segi pembelajaran pelajar yang baru memasuki sekolah itu, mereka juga menitikberatkan subjek-subjek akademik mengikut 'syllabus' dari Kementerian Pendidikan.

Pihak sekolah katanya, juga mementingkan subjek-subjek ugama Arab dan Bahagian Kokurikulum, Jabatan Pengajian Islam (JPI) antaranya menyediakan buku-buku teks mata pelajaran Al-Quran, bahasa Arab, Tarbiyah Diniyah bagi pelajar peringkat rendah.

Dayang Hajah Ianthi juga menyatakan, pihak mereka akan sentiasa memantau pelajar-pelajar baharu agar mereka dapat membiasakan diri dengan waktu dan persekitaran sekolah tersebut.

090117 HAMZAH-001 KHEU

SEBAHAGIAN pelajar baharu Tahun 5 yang akan memulakan pembelajaran mereka di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD).

Mengenai pencapaian akademik sekolah, beliau seterusnya berkata keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada tahun lepas mencapai 100 peratus lulus dan telah mencapai sasaran JPI dengan 97 peratus pelajar berjaya memperolehi Gred 'A' hingga 'C'.

Harapan sekolah pada masa akan datang tambahnya, memang untuk mempertingkatkan lagi pencapaian keputusan akademik pelajar dan memastikan para pelajar cemerlang dalam subjek akademik dan juga ugama.

''Alhamdulillah kami sentiasa mendapat sokongan dari guru dan juga ibu bapa untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar walaupun peperiksaan bersijil ataupun peperiksaan di peringkat sekolah,'' ujarnya.

Juga hadir, pegawai-pegawai dan guru-guru SUAMPRIPAD serta para ibu bapa dan penjaga pelajar baharu Tahun 5.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel