A+ A A-

Pelajar PGGMB terima Anugerah Pelajar Cemerlang PSR 2016

YANG Dipertua PGGMB, Awang Haji Antin bin Ahad dalam sesi bergambar ramai bersama pelajar-pelajar cemerlang PSR 2016.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Januari. - Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2016.

Majlis berlangsung di Bangunan PGGMB Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang ialah Yang Dipertua PGGMB, Awang Haji Antin bin Ahad.

Seramai 27 pelajar PGGMB berjaya memperolehi 5A. Antara yang hadir, guru-guru besar, guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar.

Tiga buah sekolah PGGMB berjaya mencapai 100 peratus lulus, iaitu Sekolah PGGMB Sungai Akar, Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak dan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Kuala Belait.

Manakala Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang berjaya mencapai 90 peratus lulus.

Sekolah-sekolah PGGMB juga mencapai purata 95 peratus lulus Gred 'A' - 'C', khususnya dalam mata-mata pelajaran Bahasa Melayu, English, Science dan MIB.

090117 PR PGGMB psr 2

AWANG Mohammad Faiz bin Hj Ariffin dari Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak dan Dayang Nur Amira Safura binti Awang Adam dari Sekolah PGGMB Sungai Akar penerima Anugerah Tunas Harapan PSR 2016.

Dua pelajar terpilih menerima Anugerah Pelajar Tunas Harapan PGGMB 2016 iaitu, Awang Mohammad Faiz bin Haji Ariffin dari Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak dan Dayang Nur Amira Safura binti Awang Adam dari Sekolah PGGMB, Sungai Akar.

Para pelajar ini juga menerima sumbangan hadiah dari Bank Islam Brunei Darusalam (BIBD) berbentuk akaun simpanan kewangan.

Majlis tersebut juga menyaksikan penyampaian sumbangan penghargaan kepada dua orang bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB yang menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel