A+ A A-

Dua produk kesihatan dicemari bahan terlarang

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Januari. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dua produk kosmetik yang mana hasil daripada ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.

Produk berkenaan adalah Lyanaz Beauty Care Angel Pink Beauty is Forever Fast Glowing - Angel Night Cream yang diedarkan oleh Lyanaz Beauty Care Sdn. Bhd dan Moleek Skincare - Day Cream yang diedarkan oleh Sejagat Global Resources masing-masing dicemari dengan bahan merkuri.

090117 PR PRODUK 01

LYANAZ Beauty Care Angel Pink Beauty is Forever Fast Glowing - Angel Night Cream juga didapati dicemari oleh merkuri.

090117 PR PRODUK 02

MOLEEK Skincare Day Cream yang diiedarkan oleh Sejagat Global Resources dicemari dengan merkuri.

Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan dari pengguna; yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta-merta. Jika mereka mengalami kesan 'advers' dan berasa tidak sihat selepas penggunaan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara 'online' seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan kepada Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

Maklumat lanjut mengenainya, orang ramai boleh menghubungi Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan melalui talian telefon 2384182, menghantar e-mel kepada 'This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ' atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan di Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan, Tingkat 1, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel