A+ A A-

Pendaftaran Peperiksaan BCGCE 'O', 'AS', 'A' Level, IGCSE

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Januari. - Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE (BCGCE) 'O', 'AS' dan 'A' Level dan IGCSE bagi bulan Mei / Jun 2017.

Pendaftaran peperiksaan adalah dibukakan kepada calon-calon sekolah bagi penuntut-penuntut yang berkenaan pada tahun ini tertakluk kepada sokongan pengetua dan pendaftaran mestilah melalui sekolah masing-masing, serta bagi calon-calon persendirian yang layak mengikut syarat-syarat pendaftaran peperiksaan, seperti yang dinyatakan dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan.

Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran, bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka mulai 7 Januari 2017 hingga 16 Februari 2017.

Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada sebelah pagi, mulai jam 8.00 hingga 11.00 pagi dan pada sebelah petang mulai jam 1.30 hingga 3.00 petang dan hari Sabtu dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi.

Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah dilengkapkan berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat dari 16 Februari 2017.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel