A+ A A-

Majlis Perhimpunan Khas Wanita 11 Januari 2017

HADIR semasa sesi raptai berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama,Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Januari. - Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan berlangsung pada hari Rabu, 13 Rabiulakhir 1438 Hijrah bersamaan 11 Januari 2017 Masihi bermula jam 9.00 pagi, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Majlis akan diisikan dengan Ceramah Khas mengenai tema majlis pada tahun ini, iaitu 'Berwawasan Yang Berkat Dengan Bercontoh Kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' yang akan disampaikan oleh penceramah dari Pusat Da'wah Islamiah, yang mana majlis juga akan mengetengahkan pameran dan jualan produk halal dan perkhidmatan pengusaha-pengusaha tempatan yang akan diadakan selama tiga hari.

Bagi memastikan pelaksanaan majlis itu berjalan dengan lancar, raptai penuh bagi majlis tersebut diadakan petang tadi.

090117 RAPTAI AD-2

SEBAHAGIAN mereka yang hadir semasa sesi raptai Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1438 Hijrah.

090117 RAPTAI AD-3

SESI raptai bagi Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi  Wasallam Tahun 1438 Hijrah.

Hadir menyaksikan raptai tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1438H; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.

Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun ini dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel