A+ A A-

JPD bukakan RFP bagi ITS dan sistem tiket

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Januari. - Kementerian Perhubungan melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) mempelawa syarikat-syarikat yang berminat dalam dan luar negara untuk mendapatkan, membekal, memasang, komisen, menyenggara dan menguruskan Sistem Bas Pengangkutan Pintar [ITS] dan Sistem Tiket untuk perkhidmatan bas awam di Negara Brunei Darussalam.

Jemputan adalah sempena RFP untuk menyediakan perkhidmatan bas awam untuk Brunei Muara dan daerah-daerah lain yang telah dikeluarkan oleh JPD kepada syarikat-syarikat yang dijemput dan berminat pada 27 Disember 2016.

RFP adalah untuk mengusahakan, membekal, memasang, komisen, menyenggara dan menguruskan Sistem Bas Pengangkutan Pintar [ITS] dan Sistem Tiket untuk perkhidmatan bas awam di Brunei Darussalam, menerangkan keperluan projek dan bertujuan untuk mengenal pasti cadangan yang terbaik yang sesuai dengan keperluan terutamanya peratusan pelaburan oleh syarikat tersebut, model yang terbaik dari kerajaan dan hal-hal operasi lain.

Menurut Siaran Akhbar JPD, dokumen RFP boleh diperolehi mulai 10 Januari ini, hari Selasa.

Dokumen RFP boleh diperolehi di JPD di alamat Seksyen Kewangan, Tingkat 4, JPD, Jalan Gadong, Kampung Beribi, Brunei Darussalam.

Atau bagi mana-mana pihak yang berminat bolehlah menge-mel terus ke 'This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ' bagi kemudahan akses dalam talian untuk mendapatkan dokumen RFP dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Dokumen RFP yang lengkap hendaklah dikembalikan sebelum 11 Mac ini, Sabtu, nanti ke alamat seperti yang dinyatakan atau melalui e-mel, atau melalui lain-lain cara yang berkaitan dengan IT yang boleh diakses dan dibuka oleh pihak JPD.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi JPD melalui alamat e-mel yang sama.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel