A+ A A-

Permohonan RFP masih dibukakan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Januari. - Kementerian Perhubungan melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), menurut siaran akhbarnya mana-mana pihak yang berminat dalam Permintaan untuk Cadangan (RFP) untuk membekalkan, mengendali, menyelenggara dan menguruskan perkhidmatan bas awam meliputi bidang yang dinyatakan di atas RFP itu masih terbuka untuk penyertaan.

RFP itu meliputi kawasan di Negara Brunei Darussalam khusus untuk lima (5) laluan bas antara daerah, dua (2) laluan bas utama di Tutong, lima (5) laluan bas utama di kawasan Kuala Belait-Seria, dua (2) laluan bas utama di Temburong dan 21 perkhidmatan bas perantaraan dari kawasan kediaman di semua daerah.

Dokumen RFP telah diedarkan sejak 27 Disember 2016.

Dokumen RFP boleh diperolehi di JPD di alamat Seksyen Kewangan, Tingkat 4, JPD, Jalan Gadong, Kampung Beribi, Brunei Darussalam.

Atau bagi mana-mana pihak yang berminat bolehlah menge-mel terus ke 'This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ' bagi kemudahan akses dalam talian untuk mendapatkan dokumen RFP dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Dokumen RFP yang lengkap hendaklah dikembalikan sebelum 27 Februari nanti ke alamat seperti yang dinyatakan atau melalui e-mel, atau melalui lain-lain cara yang berkaitan dengan IT yang boleh diakses dan dibuka oleh pihak JPD.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi JPD melalui alamat e-mel yang sama.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel