A+ A A-

Peserta negara raih pingat perak

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Januari. - Peserta lawan pedang lelaki negara berjaya merangkul pingat perak pada Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Brunei 2017 bagi Kategori Individu Sabre Lelaki yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Kejohanan anjuran Persekutuan Lawan Pedang Brunei Darussalam itu diadakan selama enam hari bermula kelmarin hingga 14 Januari 2017 dengan menyaksikan penyertaan daripada negara Hong Kong, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Thailand dan Negara Brunei Darussalam.

100117 ARIF4 FENCING

PRESIDEN Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Kassim bin Bakar menyempurnakan pingat kepada para pemenang Kategori Individu Sabre Lelaki.

Dalam pertandingan akhir Kategori Individu Sabre Lelaki menyaksikan perlawanan di antara peserta negara, Awang Hardiwan Shah Rahim yang berjaya memungut pingat perak setelah tewas kepada peserta dari Republik Filipina, Eric Brando dengan pungutan mata 9 - 15 dan sekali gus menobatkan peserta yang merupakan penyandang pingat perak pada temasya Sukan SEA 2015 di Republik Singapura tersebut sebagai johan pada Kategori Individu Sabre Lelaki.

Pingat gangsa telah diperolehi bersama oleh peserta Muhd Haziq Asahrin dari Negara Brunei Darussalam dan Ralph Justin Medones dari Filipina.

100117 ARIF3 FENCING

PRESIDEN  Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Kassim bin Bakar menyampaikan pingat  kepada  pemenang  pertandingan akhir Kategori Individu Foil Perempuan.

Manakala dalam pertandingan akhir Kategori Individu Foil Perempuan telah dijuarai oleh peserta dari Thailand, Ploypailin Thongchampa yang berjaya mendapat pingat emas setelah menewaskan peserta dari Myanmar Pyu Pyu Aung yang mendapat tempat kedua dengan pungutan mata 15 - 14. Sementara pingat gangsa telah dimenangi bersama oleh Sheung Ya Chan dari Hong Kong dan Amirah Sofea Ahmad Fuad dari Malaysia.

Penyampaian pingat-pingat kepada para pemenang disempurnakan oleh Presiden Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Kassim bin Bakar.

100117 ARIF1 FENCING

PESERTA dari Thailand, Ploypailin Thongchampa semasa menentang peserta dari Myanmar Pyu Pyu Aung dalam pertandingan akhir Kategori Individu Foil Wanita.

100117 ARIF2 FENCING

PESERTA negara,  Awang Hardiwan Shah Rahim  menentang  peserta Filipina Eric Brando dalam pertandingan akhir Kategori Individu Sabre Lelaki.

Kejohanan disambung lagi pada hari berikutnya dengan Kategori Individu Epee Lelaki dan Kategori Individu Sabre Perempuan.

Lebih 90 pemain lawan pedang menyertai kejohanan kali ini yang dibahagikan kepada 6 kategori individu dan 6 kategori kumpulan dan turut disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel