A+ A A-

Gegaran gempa bumi Lautan Sulawesi dirasai di kawasan BSB, Berakas

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Januari. - Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Kementerian Perhubungan telah mengesahkan mengenai berlakunya satu gempa bumi di Lautan Sulawesi dengan kekuatan 7.2 pada Skala Richter pada jam 2.14 petang.

Berikutan kejadian gempa bumi tersebut, gegaran telah dirasakan di beberapa buah bangunan di kawasan sekitar Bandar Seri Begawan (BSB) dan Berakas.

Semua penghuni-penghuni telah pun keluar meninggalkan bangunan-bangunan berkenaan dan berkumpul di 'assembly point' masing-masing.

Sejurus menerima panggilan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bersama ambulans telah pun dikerahkan ke bangunan-bangunan berkenaan.

Setelah pemeriksaan struktur dan tahap keselamatan dibuat oleh JBP dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, bangunan-bangunan telah disahkan berada dalam keadaan selamat dan penghuni-penghuni bangunan telah dibenarkan masuk semula.

Maklumat yang diterima dari Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam mengesahkan bahawa, tidak ada ancaman Tsunami bagi Negara Brunei Darussalam berikutan gempa bumi tersebut.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang sama turut dirasa di negeri Sabah.

Pada kesempatan ini, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) ingin menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah waspada dan tidak berasa cemas dalam menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sekiranya memerlukan bantuan kecemasan, orang ramai bolehlah terus menghubungi Bomba melalui hotline 995, Polis melalui hotline 993 dan Ambulans melalui hotline 991.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel