A+ A A-

Terima lawatan Command and Staff College of Saudi Arabia

ROMBONGAN dari Command and Staff College of Saudi Arabia bergambar ramai bersama Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah Haji Aliomar dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menerima lawatan rombongan seramai 21 orang terdiri daripada Command and Staff College of Saudi Arabia.

Kedatangan rombongan yang diketuai oleh War Wing Commander and Staff College, Saudi Arabia, Mejar Jeneral Pilot Abdullah Saleh Al-Shehri dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar.

Semasa berada di Bilik Persidangan, Bangunan Tambahan Ibu Pejabat Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah dalam ucapannya berterima kasih atas kesudian lawatan tersebut dan setentunya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

100117 HERNIE01 LAWATAN ARAB

ROMBONGAN dari Command and Staff College of Saudi Arabia semasa mendengarkan taklimat dan diikuti sesi ramah mesra bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan.

Rombongan juga berkesempatan mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Musa bin Mohidin yang menyentuh mengenai penyaluran maklumat adalah daripada strategi kerja jabatan berkenaan melalui media cetak, seperti akhbar rasmi kerajaan iaitu Pelita Brunei edisi Isnin, Rabu dan Sabtu, buku-buku yang berorientasikan kenegaraan dan lain-lain, melalui Komunikasi Bersemuka atau Berdudun dan Media Baharu iaitu Facebook, Instagram dan Twitter.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada kurikulum kursus Maktab Turus negara berkenaan dan bertujuan untuk mempersiapkan diri peserta kursus untuk mengkaji dan menganalisa sistem diplomatik, ekonomi, maklumat dan ketenteraan pada peringkat strategik. Rombongan berada di negara ini dari 6 hingga 13 Januari 2017.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel