A+ A A-

Brunei - Korea terus tingkatkan kerjasama perniagaan

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung ketika memotong reben tanda perasmian bangunan baharu.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Januari. - Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea akan terus bekerjasama dalam mempromosikan peluang-peluang perniagaan bagi kedua-dua buah negara dalam meningkatkan keberkesanannya dan pengalaman-pengalaman yang terbaik.

Pertukaran ekonomi antara penduduk dengan penduduk dalam sektor swasta merupakan asas utama untuk menjalinkan persahabatan yang amat bernilai antara kedua-dua buah negara.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung semasa Majlis Perasmian Bangunan Baharu Kedutaan Republik Korea di Jalan Kebangsaan.

Tuan Yang Terutama Cho Won Myung dalam ucapannya juga berkata, menghormati budaya dan sukan antara kedua-dua buah negara terbukti dalam meraih kemajuan dalam bidang pertukaran kebudayaan.

Hadir pada majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Bangunan baharu itu dibina pada bulan Februari 2015, tiga bulan selepas ketibaan Tuan Yang Terutama di negara ini.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel