A+ A A-

Sambutan Maulidur Rasul terus diadakan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Januari. - Tinkerbell learning School meraikan Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bertempat di kawasan perkarangan sekolah hari ini.

Menurut Siaran Akhbar Tinkerbell Learning School, acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dan diikuti dengan lagu tema sekolah berkenaan.

Seterusnya bacaan Doa Sekolah dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah, Dayang Ildil Rahmah Binti Abdullah.

110117 PR TINKERBELL 1

PERARAKAN berwarna-warni oleh para pelajar Tinkerbell Learning School bagi meraikan Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Ucapan Selawat kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dinyanyikan oleh murid-murid.

Ceramah bertajuk 'Halimatus Sa'adiah' disampaikan oleh Ketua Guru Jabatan Agama Islam sekolah tersebut, Awang Shahnon.

Acara turut dimuatkan dengan sesi kuiz yang berjaya menarik minat ramai pelajar dan kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang menjawab kuiz dengan betul oleh Presiden sekolah, John Robert Bartholomew.

110117 PR TINKERBELL 2

PRESIDEN Tinkerbell Learning School, John Robert Bartholomew bergambar bersama pemenang kuiz.

Pada akhir majlis, perarakan berwarna-warni Sambutan Maulidur Rasul dan bacaan doa selamat.

Objektif sambutan untuk mengambil iktibar dan pahala serta pengajaran sejak dari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang menjadi ikon dan contoh kepada generasi muda.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel