A+ A A-

JERUDONG, Selasa, 8 Januari. - Seminar Antarabangsa Sains Halal dan Pembangunan Produk Inovatif bermula hari ini dengan menyaksikan pembentangan kertas kerja daripada pakar-pakar dari dalam dan luar negara yang menyentuh tentang isu-isu sains halal dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Perasmian Seminar Antarabangsa yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini disempurnakan pagi tadi oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Juga hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap KPSSU, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan dari KPSSU, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan serta Institusi Pengajian Akademik di negara ini.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama juga menyampaikan ucaptamanya.

Seminar dibahagikan kepada tiga sesi iaitu 'Inovasi Sains Halal', 'Pengesanan dan Pensijilan Halal' dan 'Pembangunan Inovatif Produk Halal'.

Sebanyak 25 kertas kerja dibentangkan pada seminar kali ini termasuk 20 kertas kerja yang disampaikan oleh penceramah undangan daripada negara-negara Jepun, Republik Korea, Republik Indonesia, Belanda, Thailand, Amerika Syarikat, Malaysia, Perancis dan Australia.

Sementara itu, penceramah tempatan yang diundang bagi menyampaikan kertas kerja mereka ialah dari KHEU, Kementerian Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam, Pusat Inovasi Industri Halal, KPSSU dan Jabatan Mufti Kerajaan.

Dengan tema 'Membina Perhubungan-Mencari Penyelesaian' (Making Connections-Finding Solutions), seminar antaranya bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kajian-kajian saintifik dari pakar-pakar luar negara dalam bidang sains halal dan perkembangan produk inovatif menggunakan teknologi-teknologi canggih dan terkini.

Selain itu, ianya juga menyediakan satu 'platform' untuk berinteraksi dalam hal ehwal sains halal dan subjek berkaitan di antara para saintis dan pakar yang terlibat dalam perkara berkenaan. Seminar yang dihadiri oleh lebih 250 peserta dari dalam dan luar negara ini diungkayahkan oleh KPSSU melalui Pusat Inovasi Industri Halal.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel