A+ A A-

TEMBURONG, Ahad, 15 Januari. - Seramai lapan orang pelajar baru Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) bagi pengambilan ke -20 bagi Sesi Tahun 2017-2018 hari ini memulakan pembelajaran di Tahun 1 skim tersebut sejurus selepas berlangsungnya sesi pendaftaran Tahun 1 bermula jam 7.45 pagi hingga 8.30 pagi bertempat di bangunan Sekolah Arab Temburong, di sini.

Terdahulu, Pegawai IRK dan Pelajaran Lanjutan Daerah, Awang Jefry bin Othman dalam taklimatnya antaranya menerangkan mengenai panduan skim ini yang mengalu-alukan kemasukan pelajar baru bagi sesi 2017-2018 selain menjelaskan mengenai mengenai sesi pembelajaran sepanjang 2 tahun skim berlangsung, penekanan kepada kehadiran pelajar, serta ujian akhir semasa pelajar berada penghujung tahun 2 nanti.

Beliau juga menasihatkan para pelajar untuk sentiasa menjaga adab sopan khususnya dari segi berpakaian serta menjaga keselamatan masing-masing semasa menghadiri kelas setiap hari Jumaat dan Ahad setiap minggu.

150117 AMAL2 STAR

SERAMAI 8 orang pelajar baharu Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR)  bagi pengambilan ke -20  Sesi Tahun 2017-2018 hari ini memulakan  pembelajaran Tahun 1 di bangunan Sekolah Arab Temburong.

Lapan orang pelajar ini telah berjaya terpilih mengikuti skim ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan setelah menjalani temuduga pada penghujung tahun lalu bersama 16 orang pelajar lain dari Daerah Temburong sebelum ini.

Semasa berada di tahun 1, di bawah pengawasan seorang tenaga pengajar, mereka akan mendalami pembacaan Al-Quran secara murattal, tajweed, tarannum dan tausyeh.

Salah seorang pelajar yang terpilih, Awang Mirza Hazimy bin Helmy, 12 tahun yang belajar di Sekolah Ugama Puni, ketika ditemui berkata, beliau sendiri berminat menyertai skim ini untuk meningkatkan lagi mutu bacaan Al-Qurannya secara murattal dan bertarannum. Awang Mirza yang mendapat sokongan penuh daripada ibu-bapa dan guru-guru ugama sekolahnya untuk menyertai skim ini turut bercita-cita untuk mengikuti pertandingan-pertandingan musabaqah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

STAR merupakan skim yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi melahirkan remaja berpotensi dalam bidang pembacaan Al-Quran secara bertarannum.

Ia bertujuan untuk melatih dan membimbing remaja dalam pembacaan Al-Quran melalui lagu-lagu tilawah masyhur bagi melahirkan pembaca-pembaca Al-Quran remaja berpotensi untuk dijadikan sebagai pelapis qari dan qariah negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel