A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Januari. - Pasukan lawan pedang dari Chulalongkorn University, Thailand berjaya merangkul pingat emas pada Kejohanan Akhir Lawan Pedang Terbuka Brunei 2017 bagi Kategori Berkumpulan Epee Perempuan yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Sementara itu pasukan negara yang diwakili oleh pasukan Brunei Muara (BM) 'A' menduduki tempat kedua dengan memperolehi pingat perak, manakala pasukan BM 'B' berjaya memperolehi pingat gangsa.

Dalam pertandingan akhir yang berlangsung petang tadi turut menyaksikan perlawanan akhir Kategori Berkumpulan Sabre Perempuan di antara pasukan UST (A), Republik Filipina yang berjaya memungut pingat emas setelah berjaya mengalahkan pasukan negara, iaitu pasukan Brunei dengan pungutan mata 45-39 yang sekali gus menempatkan peserta negara kita di tempat kedua dengan memperolehi pingat perak.

 140117 AZMAH PEDANG 1

KEJOHANAN Lawan Pedang Terbuka Brunei telah berlangsung di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah yang telah bermula pada 9 Januari 2017 hingga 14 Januari 2017.

Manakala, pingat gangsa telah diperolehi oleh peserta dari pasukan UST (B), Republik Filipina.

Dalam perlawanan akhir Kategori Berkumpulan Foil Lelaki telah dijuarai oleh pasukan dari Sabah (B), Malaysia yang berjaya mendapat pingat emas setelah menewaskan pasukan dari Negara Brunei Darussalam, iaitu Athos, yang mendapat tempat kedua dengan pungutan mata 45 - 32.

Pingat gangsa telah dimenangi oleh pasukan negara yang diwakili oleh pasukan BM 'A'.

Penyampaian pingat-pingat kepada para pemenang disempurnakan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Lawan Pedang Brunei Darussalam (BDFF), Kapten (U) Nashriq bin Moksin.

Pada kejohanan tersebut juga menyaksikan penyampaian piala kejohanan yang disandang oleh negara Thailand sebagai juara keseluruhan dengan memperolehi tiga emas, dua perak dan satu gangsa.

 140117 AZMAH PEDANG 3

SETIAUSAHA Agung Persatuan BDFF, Kapten (U) Nashriq bin Moksin semasa bergambar kenangan bersama-sama para peserta Kejohanan Kejohanan Lawan Pedang Terbuka 2017.

Sementara menduduki tempat kedua pasukan dari negara Filipina dengan pungutan tiga emas, satu perak dan lima gangsa, manakala pasukan dari Negara Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga dengan memperolehi dua emas, dua perak dan tujuh gangsa.

Kejohanan anjuran BDFF itu diadakan selama enam hari bermula 9 hingga 14 Januari 2017 dengan menyaksikan penyertaan dari negara Hong Kong, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Thailand dan Negara Brunei Darussalam.

Lebih 90 pemain lawan pedang menyertai kejohanan kali ini yang dibahagikan kepada enam kategori individu dan enam kategori kumpulan dan juga turut disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel