A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Januari. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), ejen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir pengeluaran Sukuk Al-Ijarah, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penentuan harga bagi pengeluaran sekuriti Sukuk Al-Ijarah jangka pendek ke-141.

Jumlah pengeluaran Sukuk tersebut berjumlah BND100 juta dengan butiran berikut iaitu bagi siri ke-141, tarikh pengeluaran adalah pada 12 Januari 2017 dengan tempoh matang pada 13 April 2017 dalam tempoh 91 hari dengan kadar sewa 0.6250%.

Menerusi pengeluaran ini, Kerajaan Brunei setakat ini telah mengeluarkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih BND10.5282 bilion sejak tawaran sulungnya pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei yang terkumpul sehingga 12 Januari 2017 adalah berjumlah BND573.2 juta.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel