A+ A A-

TUTONG, Khamis, 12 Januari.- Pendidikan ugama bagi kanak-kanak adalah sangat penting kerana pada peringkat awal pendidikan ugama mengutamakan asas pengukuhan akidah, asas pembacaan Al-Qur'an dan bimbingan serta latihan ke arah mengamalkan dan menghayati fardhu ain.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Dayang Hajah Norhayati binti Haji Sawal semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei, bertempat di Jabatan Pengajian Islam Daerah Tutong, di sini.

Jelasnya, tujuan pendidikan ugama adalah bagi memastikan murid-murid berkebolehan dan sudah terbiasa menunaikan ibadat sembahyang dengan sempurna, bimbingan bersuci dari hadas dan najis serta dapat menguasai bacaan Al-Qur'an dengan baik.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa setakat ini, seramai 577 orang murid telah mendaftar untuk mengikuti sesi persekolahan agama 1438 Hijrah / 2017 Masihi bagi Darjah Pra daripada 29 buah sekolah ugama di daerah ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 295 murid adalah murid lelaki, manakala murid perempuan adalah seramai 282 orang.

Terangnya lagi, pada sesi kali ini terdapat seramai 14 orang pelajar lelaki bukan beragama Islam dan 14 orang murid perempuan yang bukan beragama Islam mengikuti sesi persekolahan ugama tersebut.

"Alhamdulillah, murid-murid yang berdaftar untuk mengikuti sesi persekolahan pada tahun ini telah memulakan pembelajaran mereka pada 5 Januari lalu yang mana semua ibu bapa / penjaga murid telah diberikan taklimat mengenai Akta Wajib dan persediaan persekolahan yang harus dilaksanakan sebelum bermulanya sesi persekolahan," ujarnya lagi.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel