A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Januari. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud berikutan dengan kembali kerahmatullah Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri (Dr.) Datuk Patinggi Haji Adenan bin Haji Satem baru-baru ini.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berasa terkejut mengetahui tentang kembalinya kerahmatullah Yang Amat Berhormat Tan Sri (Dr.) Datuk Patinggi Haji Adenan, yang akan sentiasa diingati sebagai sahabat rapat yang banyak menyumbang dalam mempertingkatkan hubungan peribadi dan akrab di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak.

Dalam mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ingin menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama dan keluarga serta Kerajaan Negeri Sarawak terutamanya kepada keluarga Allahyarham Tan Sri (Dr.) Datuk Patinggi Haji Adenan, dan seterusnya berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel