A+ A A-

BERAKAS, Rabu, 11 Januari. - Peserta dari Republik Filipina mempamerkan aksi cemerlang setelah berjaya membolot kejuaraan bagi Kategori Individu Sabre Perempuan dan Kategori Individu Epee Lelaki di Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Brunei 2017, bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Kejohanan tersebut dikejutkan dengan permainan cantik dari kesemua peserta perempuan dari Republik Filipina setelah berjaya merangkul kesemua pingat emas, perak dan gangsa bagi Kategori Individu Sabre Perempuan.

110117 IHSAN FENCING 1

PENGARAH Teknikal, Persekutuan Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam (BDFF), Awang Huzaimi bin Haji Abd. Kassim menyempurnakan pingat kepada para pemenang Kategori Individu Epee Lelaki.

Maylene Pailma berjaya mengalahkan rakan senegaranya Allaine Nicole Cortey di perlawanan akhir kategori berkenaan dengan pungutan mata 15 - 4, manakala tempat ketiga pula dikongsi sama oleh Cherie Manago dan Precious Sapungan.

Bagi Kategori Individu Epee Lelaki, kedua-dua peserta dari Republik Filipina sekali lagi berentap di perlawanan akhir dengan kemenangan akhirnya berpihak kepada Francisco Borja setelah menghampakan Michael Tan sekali gus muncul juara kategori tersebut.

Tempat ketiga bersama oleh peserta negara, Awang Muinuddin Masri dan peserta dari Republik Kesatuan Myanmar, Aung Wine Thet.

110117 IHSAN FENCING 2

BENDAHARI, BDFF, Dayang Alina binti Ali menyempurnakan penyampaian pingat kepada para pemenang Kategori Individu Sabre Perempuan.

Penyampaian pingat kepada para pemenang lelaki disampaikan oleh Pengarah Teknikal, Persekutuan Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam (BDFF), Awang Huzaimi bin Haji Abd. Kassim, sementara penyampaian pingat kepada para peserta perempuan pula dikalongkan oleh Bendahari, BDFF, Dayang Alina binti Ali.

Kejohanan anjuran BDFF tersebut diadakan selama enam hari bermula 14 Januari lalu yang menyaksikan penyertaan daripada negara Hong Kong, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Thailand dan Negara Brunei Darussalam.

110117 IHSAN FENCING 4

ANTARA aksi di perlawanan tersebut.

Lebih 90 pemain lawan pedang menyertai kejohanan kali tersebut yang dibahagikan kepada enam kategori individu dan enam kategori kumpulan.

Ia juga disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel