A+ A A-

TUTONG, Selasa, 10 Januari. - Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengunjung dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Kampung Petani, Bandar Tutong bahawa Simpang 123-170-29 akan ditutup sementara sepenuhnya.

Penutupan simpang berkenaan yang telah bermula pada hari Isnin, 2 Januari 2017 hingga 2 Februari 2017, ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja penanaman paip pembetung bawah tanah.

Sehubungan itu, penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui simpang berkenaan bolehlah menggunakan Simpang 14-38 sebagai jalan alternatif bagi menuju ke destinasi yang dituju.

Di samping itu, para pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya yang lain demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam : 123 / Livechat +673 8333123, Facebook : Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel