A+ A A-

Berpuasa sambil menimba ilmu pengetahuan

GADONG, Rabu, 8 Jun. - Bersekolah semasa di bulan Ramadan memang banyak manfaat dan pengajarannya dan ia tidak menjadi penghalang dalam menimba ilmu pengetahuan.

Malah bersekolah pada bulan yang penuh rahmat ini tidak ada bezanya belajar di hari-hari yang biasa walaupun sedang menjalani ibadah puasa dengan keadaan perut yang agak kosong.

Bagi Dayang Najihah binti Jasni, 13, pelajar Tahun 7C di Sekolah Menengah Menglait Gadong (SMMG) ketika ditemui menjelaskan bersekolah semasa puasa sama seperti hari-hari persekolahan biasa tetapi pada bulan puasa masa belajar dipendekkan dan semua aktiviti bersukan ditiadakan.

Jelasnya, tidak ada perbezaan bersekolah di bulan Ramadan dengan bulan yang lain.

080616 AZMAH1 MENENGAH

DAYANG Najihah binti Jasni, pelajar Tahun 7C di Sekolah Menengah Menglait Gadong.

Sebagai umat Islam tambahnya kita adalah dituntut untuk menuntut ilmu dan mengerjakan ibadah puasa pula, merupakan tuntutan agama yang wajib dikerjakan.

Seorang lagi penuntut dari sekolah berkenaan, Dayang Miesya Puteri Khaliessa binti Mohd. Jeff Azla penuntut Tahun 7C berkata bersekolah di bulan Ramadan ini tidak menjejaskan pembelajaran beliau malah beliau merasa lebih ceria dan cergas serta bersemangat.

Jelasnya, bersekolah pada bulan Ramadan ini tidak sedikitpun menjejaskan kosentrasi pembelajaran beliau semasa belajar.

Perbezaan waktu persekolahan semasa bulan Ramadan katanya ialah waktu belajar dipendekkan dan boleh balik awal dari jam biasa.

080616 AZMAH2 MENENGAH

DAYANG Miesya Puteri Khaliessa binti Mohd. Jeff Azla, pelajar Tahun 7C dari Sekolah Menengah Menglait Gadong.

Menurutnya, dengan kelonggaran yang diberikan itu, waktu petang dapat digunakan untuk berehat di samping mengulangkaji pelajaran yang lain.

Dengan adanya pengurangan jam belajar pada musim puasa ini memberi keringanan kepada penuntut-penuntut sekolah dalam menjalani pembelajaran selain menumpukan kepada ibadah puasa.

Selain pengurangan waktu pembelajaran, pihak sekolah juga perlu memerhatikan semula, terutama dalam mengurangi kegiatan aktiviti luar darjah, seperti bersukan selama bulan puasa atau menggantikannya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Di bulan Ramadan, waktu-waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah rendah sesi pagi ialah 7.45 hingga 11.40 pagi dan sesi petang 12.00 tengah hari hingga 3.55 petang iaitu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi.

080616 AZMAH4 MENENGAH

SUASANA pemebelajaran di salah sebuah kelas di Sekolah Menengah Menglait Gadong.

Sementara waktu-waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah menengah / maktab, sesi pagi bermula jam 7.30 hingga 11.50 pagi manakala sesi petang bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang juga bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi.

Semua pelajar termasuk pra sekolah di sekolah-sekolah rendah bersekolah semasa hari-hari persekolahan pada bulan Ramadan.

Walau bagaimanapun pelajar-pelajar pra sekolah akan diberikan kelonggaran waktu belajar mengikut budi bicara sekolah masing-masing.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel