A+ A A-

Guru-guru tanai tanggungjawab di bulan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Jun. - Sekolah Anggerek Desa melaksanakan jadual rutin harian pembelajaran persekolahan dengan menambah kegiatan keagamaan dan kebajikan pada bulan Ramadan.

Semasa tinjauan ke Sekolah Anggerek Desa pagi itu, pihak sekolah baru sahaja selesai mengadakan Majlis Pembukaan Khatam Al-Quran.

Penolong Guru Kanan Akademik II, Dayang Siti Rasidah binti Haji Ahmad, juga selaku Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Anggerek Desa berkata, pihak sekolah telah merancang beberapa aktiviti keagamaan dalam sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan.

Antara aktiviti berkenaan termasuk Majlis Khatam Al-Quran yang melibatkan murid-murid Tahun 5 dan 6 serta guru-guru dan kakitangan sekolah yang telah menentukan juz-juz Al-Quran yang dibaca sejak awal bulan Ramadan.

090616 HJMAS7 GURU

PENOLONG Guru Kanan Akademik II, Dayang Siti Rasidah binti Haji Ahmad, juga selaku Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Anggerek Desa.

Selain itu, pihak sekolah akan mengadakan majlis Penyerahan Hamper Ramadan anjuran Tabung Kebajikan Pelajar kepada murid-murid yang dikenal pasti daripada keluarga susah dan tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak.

Menurutnya, majlis tersebut telah diadakan selama empat tahun di mana guru-guru akan memberikan sumbangan seperti makanan dan minuman.

''Pihak sekolah juga ada menerima bantuan dari beberapa pihak luar sekolah termasuk persatuan-persatuan wanita bagi majlis berkenaan,'' katanya kepada Pelita Brunei.

Menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi ketika bertugas bulan Ramadan, beliau menjelaskan beberapa persiapan telah dilakukan, di samping mengongsikan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh murid-murid untuk mengurangkan keletihan.

Penolong Guru Besar, Dayang Hajah Mahalini binti Haji Ali berkata, pihak sekolah merasa bersyukur kerana mempunyai guru-guru yang mampu mangawal dan memberi tunjuk ajar dalam menekankan apa yang perlu dilakukan oleh murid-murid bagi mengurangkan keletihan sewaktu berpuasa.

090616 HJMAS6 GURU

PENOLONG Guru Besar, Dayang Hajah Mahalini binti Haji Ali.

Menurutnya, selain mengongsikan dari aspek pemakanan dan senaman, guru-guru juga memberi maklumat mengenai jadual ulang kaji dalam bulan Ramadan ini terutama bagi Tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan PSR.

Sementara itu, Timbalan Pengetua Akademik Sekolah Menengah Berakas, Dayang Zaliha binti Haji Metussin berkata aktiviti-aktiviti sekolah berkenaan pada bulan Ramadan banyak menjurus dengan kegiatan keagamaan dengan menyelitkan aktiviti Celik Al-Quran, Majlis Bertahlil dan Membaca Yassin juga derma anak yatim.

090616 HJMAS8 GURU

TIMBALAN Pengetua Akademik Sekolah Menengah Berakas, Dayang Zaliha binti Haji Metussin.

Di samping itu, tabung anak yatim dan tabung khairat juga dibukakan kepada warga-warga sekolah untuk menghulurkan derma.

Menurutnya lagi, tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mendidik para pelajar dan menggalas amanah yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala pada bulan Ramadan ini tetap dijalankan seperti biasa.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel