A+ A A-

UNISSA terima sumbangan buku mengenai Republik Pakistan

PEMANGKU Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey menyerahkan buku koleksi peribadi beliau kepada Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Jun. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini menerima sumbangan buku koleksi peribadi milik Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey.

Lebih 10 buah buku disumbangkan dan disampaikan sendiri oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan yang diterima oleh Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Buku-buku berkenaan antaranya adalah merupakan tulisan beliau sendiri, di samping karya para Duta Pakistan yang lain di mana semua buku-buku berkenaan adalah mengenai fakta dan sejarah Republik Islam Pakistan.

Menurut Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan, buku merupakan legasi yang akan dijadikan rujukan generasi akan datang, justeru, bagi beliau aktiviti sebegini sangat signifikan dalam memberikan sumber rujukan yang betul dan tepat mengenai sejarah negara beliau.

Di samping dapat menyumbang kepada penambahan koleksi ilmiah bermutu tinggi di perpustakaan UNISSA yang pada kebiasaannya sukar didapati di premis buku biasa.

Majlis sumbangan yang diadakan di UNISSA turut dihadiri oleh Pemangku Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad dan Pemangku Pendaftar UNISSA, Dayang Hajah Surianah binti Haji Alias.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel