A+ A A-

IPOLS UMY terokai program ditawarkan di UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 September. - Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tumpuan kepada Institusi Pengajian Tinggi Islam luar negara khusus dalam bidang hukum dan undang-undang.

Perkara ini terbukti dengan adanya kunjungan delegasi daripada Program Antarabangsa Undang-Undang dan Syariah (International Program for Law and Sharia - IPOLS), Fakultas Hukum, Universitas Muhammadiyah Yokyakarta (UMY), Indonesia diketuai oleh Dekan fakulti berkenaan, Dr. Trisno Raharjo.

Seramai tiga pensyarah dan sepuluh mahasiswa/mahasiswi UMY ikut serta dalam kunjungan selama tiga hari tersebut.

110916 IPOLS PR-1

DELEGASI IPOLS, UMY bergambar ramai bersama Dekan Fakulti Shariah dan Undang-Undang dan beberapa orang Pensyarah UNISSA.

Rombongan yang berada di negara ini pada 8 September hingga 10 September 2016 adalah untuk melihat lebih dekat tentang kehidupan masyarakat Brunei dan khususnya dalam menerokai program-program yang ada di UNISSA.

Antara tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga ingin membincangkan jalinan kerjasama antara kedua fakulti apatah lagi mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dan UMY telah sering menghadiri seminar atau forum undang-undang peringkat Asia Tenggara atau antarabangsa.

Kunjungan IPOLS, UMY ini telah disambut oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin dan dihadiri juga oleh beberapa orang pensyarah UNISSA.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel