A+ A A-

Dua pelajar YSHHB tandatangani Kontrak Perjanjian Biasiswa Khas

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan YSHHB (empat, kiri) bersama para pelajar terpilih Dayang Nurul Nabilah binti Md. Basuni dan Dayang Siti Nurasinah binti Mohammad Hamirul Azri dalam sesi bergambar ramai sejurus selepas menandatangani kontrak.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 30 September. - Dua pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dengan semua kos perbelanjaan dibiayai oleh yayasan berkenaan bermula pada sesi persekolahan tahun 2016.

Pelajar-pelajar tersebut, iaitu Dayang Nurul Nabilah binti Md. Basuni dan Dayang Siti Nurasinah binti Mohammad Hamirul Azri merupakan peserta-peserta Projek Kelas Tuisyen di bawah Program 'Intervention' Pendidikan (PIP) bagi tahun lepas yang mendapat keputusan Peperiksaan PSR dengan cemerlang.

Sehubungan itu, majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian Biasiswa Khas bagi Sesi 2016 - 2020 di antara pihak YSHHB dengan pelajar-pelajar yang terpilih telah diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

300916 ARIF1 YSHHB

SEMBAHYANG Sunat Hajat diimamkan oleh Imam Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.

300916 ARIF4 YSHHB

BACAAN Surah Yaa Siin beramai-ramai, dan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Imam Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.

Menandatangani bagi pihak YSHHB ialah Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail dan Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Puasa bin Haji Jumat.

Turut menyaksikan, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Ahli Lembaga Pengarah YSHHB selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan YSHHB.

Terdahulu, Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah serta bacaan Surah Yaa Siin diadakan khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah PIP bagi Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Temburong yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

300916 ARIF6 YSHHB

WAKIL pusat tuisyen juga turut menerima sijil yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan YSHHB (kiri).

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Imam Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan pada sekolah-sekolah yang digunakan sebagai Pusat Tuisyen PIP di Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Temburong yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah, Ahli Lembaga Pengarah selaku Ahli Jawatankuasa Sukarelawan YSHHB.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah YSHHB, Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Universiti Brunei Darussalam, Sekolah Rendah Rataie, Mukim Bukok, Temburong dan Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar, Temburong.

300916 ARIF3 YSHHB

SEBAHAGIAN daripada para pelajar dan penjaga masing-masing yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan serta pegawai dan kakitangan YSHHB.

YSHHB telah melaksanakan Projek Kelas Tuisyen di bawah PIP sebagai salah satu inisiatif bertujuan untuk mengenal pasti anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan yang memerlukan bimbingan rapi dalam bidang akademik.

Ia bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan sempurna hingga ke peringkat lebih tinggi.

Projek Kelas Tuisyen ini adalah kerjasama di antara YSHHB dan Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan serta dikendalikan oleh para sukarelawan yang berdaftar di Unit Sukarelawan.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel