A+ A A-

83 pelajar sekolah agama khatam Al-Quran

KETUA Kampung Lumut 1, Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad (kanan) selaku tetamu khas pada Majlis Khatam Al-Quran bersama Guru Besar Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut, Awang Mohammad Khairul Arifin bin Aji.

LUMUT, Sabtu, 1 Oktober. - Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, ia juga dapat diertikan sebagai kalam Allah Subhanahu Wata'ala kalam yang diwahyukan kepada nabi-nabi lain sebelum Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sehubungan itu, seramai 83 pelajar yang terdiri 53 lelaki dan 30 perempuan telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran dalam satu majlis gabungan yang diungkayahkan di antara Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut dan Sekolah Ugama Lumut 1 yang merupakan satu projek berterusan kelolaan Unit Kokurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

011016 NORAISAH1 KHATAM

SERAMAI 83 pelajar pada Majlis Khatam Al-Quran gabungan di antara Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut dan Sekolah Ugama Lumut 1.

Majlis diadakan di Dewan Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut telah dihadiri oleh Ketua Kampung Lumut 1, Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad selaku tetamu khas majlis.

Projek tersebut merupakan satu platform pada ukhuwah di antara ibu bapa dan penjaga serta pihak sekolah dalam menggalakkan lagi proses pembelajaran murid-murid, selain itu, ia juga dilihat sebagai wadah pada memotivasikan murid-murid untuk terus mengamalkan, bukan sahaja keberuntungan pahala yang diperolehi, malah yang lebih penting mempraktikkan kandungan serta pengajaran yang tersirat di sebalik yang tersurat.

011016 NORAISAH3 KHATAM

GURU Besar Sekolah Ugama Lumut,  Dayang Zalefah binti Asmad ketika ditemu bual Pelita Brunei.

Antara objektifnya dihasratkan untuk menjadikan generasi masa hadapan yang celik Al-Quran, yang dapat membentuk murid-murid agar berketerampilan, berkepandaian dan berkebolehan dalam apa jua aspek kehidupan dengan berpaksikan Al-Quran selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

Pelita Brunei menemu bual Guru Besar Sekolah Ugama Lumut, Dayang Zalefah binti Asmad, beliau antara lain memberitahu peserta-peserta yang diraikan merupakan murid-murid yang dikenal pasti telah menamatkan bacaan 30 Juzuk Al-Quran selama mereka berada di bangku persekolahan ugama.

011016 NORAISAH4 KHATAM

DAYANG Hajah Liza binti Haji Dahlan dan anaknya, Awang Wafeeq Aiman bin Moharin.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut, Awang Mohammad Khairul Arifin bin Aji menerangkan, pengiktirafan berdasarkan pada penilaian yang dibuat oleh 'jemaah pentasmik' dan pembimbing yang terdiri dari Jawatankuasa Penilai Bacaan Al-Quran murid-murid yang diketuai oleh seorang Guru Kanan dari Unit Pembelajaran Al-Quran.

Pelita Brunei juga menemu bual beberapa orang ibu bapa serta penjaga peserta, Dayang Hajah Liza binti Haji Dahlan dan anaknya, Awang Wafeeq Aiman bin Moharin melahirkan rasa terharu dan bangga dengan adanya projek yang diungkayahkan pihak sekolah, beliau yakin usaha itu sedikit sebanyak dapat membantunya dalam memastikan anaknya boleh membaca Al-Quran, di samping memastikan anaknya akan terus membaca serta menghayati Al-Quran.

011016 NORAISAH5 KHATAM

DAYANG Nur Anisah Munirah binti Suhaili bersama anaknya, Awang Md. Nazmirol Faiz bin Md. Nazri.

Sementara itu, Dayang Nur Anisah Munirah binti Suhaili bersama anaknya, Awang Md. Nazmirol Faiz bin Md. Nazri berpendapat, acara yang diusahakan itu sangat baik selain dapat memastikan anaknya khatam beliau juga berpuas hati dengan acara serta program yang telah disusun kemas.

Peserta-peserta khatam diberi penghargaan dan majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan yang disampaikan oleh tetamu khas.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel