A+ A A-

Sekolah PGGMB Sungai Akar hargai jasa guru

PEMANGKU Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Dayang Hajah Noridah binti Abdullah, selaku Ketua Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan semasa bergambar ramai bersama tenaga pengajar dan kakitangan Sekolah PGGMB, Sungai Akar.

SUNGAI AKAR, Sabtu, 1 Oktober. - Sebagai memberi penghargaan kepada jasa-jasa guru yang tidak mengenal lelah dalam mendidik pelajar-pelajar, Sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Sungai Akar pagi tadi mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru bertempat di Dewan Serbaguna sekolah tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Dayang Hajah Noridah binti Abdullah, selaku Ketua Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.

011016 HJMAS2 HG

PEMANGKU Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Dayang Hajah Noridah binti Abdullah, selaku Ketua Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Terdahulu, Pengetua Sekolah PGGMB Sungai Akar, Awang Haji Zulkipli bin Haji Ladis dalam ucapannya berkata, Sambutan Hari Guru tersebut merupakan aktiviti tahunan kokurikulum sekolah yang bertujuan untuk memperingati Hari Guru sebagai tanda terima kasih sayang dalam kalangan murid-murid dan warga sekolah.

Menurut beliau, bagi melahirkan pelajar dan penuntut atau generasi ini memerlukan guru atau tenaga pengajar yang bijaksana, berkemahiran, berkualiti tinggi dan mempunyai minat yang mendalam dalam mendidik anak murid.

"Dalam erti kata, pihak sekolah tidak melihat kelulusan guru semata-mata tetapi yang lebih utama ialah komitmen yang tinggi terhadap tugas. Kami menangani keperluan guru berkualiti tinggi dalam pengajaran, pencapaian akademik berkualiti tinggi untuk menyusur Wawasan Negara 2035. Dalam konteks sekolah, batasan masa 19 tahun mendatang, pihak sekolah seharusnya menyediakan pelajar yang mempunyai asas yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk literasi dan numerasi," ujarnya.

011016 HJMAS4 HG

PENGETUA Sekolah PGGMB Sungai Akar, Awang Haji Zulkipli bin Haji Ladis semasa menyampaikan ucapannya.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pentas murid-murid dari tadika satu hingga Tahun 5.

Pada majlis tersebut, tiga orang guru telah terpilih menerima penghargaan Anugerah 'The Most Outstanding Performance', manakala 13 guru lagi menerima Anugerah 'Special Mention'.

Anugerah yang baru diadakan pada sambutan tahun ini oleh pihak sekolah adalah sebagai memberi penghargaan kepada guru-guru yang dikenal pasti dari pemantauan selama dua tahun iaitu dari 2015 hingga 2016 yang menunjukkan komitmen berkualiti secara konsisten.

011016 HJMAS3 HG

GURU Sukan Sekolah PGGMB, Awang Muhd Aleem Mushtaq.

Sementara itu, Guru Sukan Sekolah PGGMB, Awang Muhd Aleem Mushtaq berasal dari Pakistan berkata, sambutan seumpama ini akan tetap menjadi wadah bagi kita mengenang dan menghargai jasa-jasa para guru di negara ini, selaku pengasas dan pencetus kejayaan bangsa.

"Ia merupakan sebagai tanda penghargaan kepada semua warga guru atas sumbangan berharga kepada pembangunan serta juga perkembangan sumber tenaga manusia khususnya dalam meneruskan komitmen selaku guru secara tulus ikhlas pada menyumbangkan apa sahaja yang terbaik dalam pendidikan negara.

011016 HJMAS7 HG

ANTARA pelajar yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Guru tersebut.

Tugas mendidik atau mengajar, bukanlah satu kerjaya atau profesion biasa, tetapi ia satu kewajipan besar lagi mencabar demi negara. Ia akan menjadi ibadat istimewa sekiranya ia ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Kerana itu walaupun ia berat, namun bagi mereka yang memahami hikmatnya, akan tetap menggemari serta berasa puas dengan peranan guru, di mana kepuasan itu pula akan lebih teruja lagi apabila mendapati anak-anak didik memperolehi kejayaan dan cemerlang dalam pelajaran," terang beliau.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel