A+ A A-

IBTE hadiri Mesyuarat Pakar di Viet Nam

PARA pegawai IBTE yang menghadiri Mesyuarat Pakar ASEAN di Viet Nam.

BANDAR SERI BEGAWAN. - Seramai tiga pegawai Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah menghadiri Mesyuarat Pakar 'Ke Arah Pembelajaran Sepanjang Hayat Agenda ASEAN' (Towards an ASEAN Lifelong Learning Agenda) yang diadakan di Pejabat SEAMEO CELLL, Bandar Raya Ho Chi Minh, Viet Nam dari 4 hingga 5 Oktober lalu.

Menurut Siaran Akhbar IBTE, rombongan tiga pegawai itu terdiri daripada Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengelola Ahli Lembaga Pengarah SEAMEO CELLL, Dr. Chin Wei Keh, bersama dua pegawai IBTE, Dayang Hajah Norhakimah binti Haji Mohd. Nor dan Dayang Siti Mulsinah binti Matussin.

PR IBTE 3

SUASANA Mesyuarat Pakar ASEAN.

PR IBTE 2

SALAH seorang pegawai daripada IBTE ketika membentangkan kertas kerja.

Projek tersebut dimulakan oleh Pusat Serantau SEAMEO untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat (SEAMEO CELLL) dengan sokongan teknikal dan kewangan daripada Institut UNESCO untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat (UIL).

Mesyuarat itu disertai oleh mereka yang berkepentingan dalam projek tersebut dan Pengelola Ahli Lembaga Pengarah SEAMEO CELLL dan pakar-pakar utama dari semua negara ASEAN termasuk Timor-Leste.

PR IBTE 5

PARA pegawai IBTE ketika mengadakan sesis perbincangan pada Mesyuarat Pakar ASEAN di Viet Nam.

PR IBTE 6

SUASANA sesi perbincangan Mesyuarat Pakar ASEAN di Viet Nam.

Ia bertujuan untuk mengkaji amalan terbaik negara dan asas dasar pembelajaran sepanjang hayat di kalangan negara-negara ASEAN dan membincangkan pengajaran dan mengemukakan cadangan.

Pada mesyuarat itu, setiap negara membentangkan penemuan negara masing-masing dan Negara Brunei Darussalam kertas pembentangan disampaikan oleh Dayang Hajah Norhakimah binti Haji Mohd. Nor sebagai pakar utama Brunei Darussalam.

PR IBTE 1

DELEGASI IBTE bergambar ramai bersama para  peserta Mesyuarat Pakar dari ASEAN

Sebelum mesyuarat itu, IBTE dengan kerjasama Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menjalankan bengkel kebangsaan dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam 'Mendokumentasikan Polisi yang Berjaya dan Amalan untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat' (Documenting Successful Policies and Practices For Lifelong Learning) di mana laporan kebangsaan telah disediakan untuk mendokumenkan gambaran peluang pembelajaran sepanjang hayat di Brunei Darussalam dalam tiga bidang, pembangunan profesional berterusan guru dan fasilitator, menghubungkan pelbagai sektor untuk pembelajaran sepanjang hayat dan tempat dan pusat pembelajaran berasaskan masyarakat.

Mesyuarat dua hari itu melibatkan beberapa sesi siri perbincangan selari pada cadangan pembelajaran sepanjang hayat dan tindakan strategik untuk pelaksanaannya serta SEAMEO CELLL berkongsi rancangan mereka untuk 'online portal' serantau bagi perkongsian pengetahuan dan pembelajaran dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel