A+ A A-

36 pelajar Politeknik Brunei sertai bengkel

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Para pelajar Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei telah didedahkan mengenai kerja-kerja geologikal melalui Bengkel Geological Society Brunei (GSB) yang bertemakan 'Teknik Geo-Exploration'.

Menurut Siaran Akhbar Politeknik Brunei, bengkel itu bertujuan untuk memberikan pelajar-pelajar gambaran keseluruhan geologi dan menunjukkan bagaimana ahli geologi boleh menyumbang tugas harian mereka pada syarikat masing-masing.

101016 PB-NGR PR-1

PERISIAN NrgEdge boleh dimuat turun secara percuma melalui 'Google Play' atau 'App Store'.

Bengkel yang dianjurkan bersama oleh Politeknik Brunei dan GSB telah dihadiri oleh seramai 36 peserta yang terdiri daripada penuntut Diploma Kejuruteraan Petroleum Pengambilan Ke-5.

Penceramah dari GSB termasuklah, Awang Muhammad Hazim bin Mohd. Richard Lee (Naib Presiden GSB); Dayang Faridah Maziah binti Abdul Malek (Pembiaya), Awang Muhammad Afihasifi bin Haji Ismail (Penolong Pembiaya) dan Pengiran Reza Mariano bin Pengiran Salleh (Penolong Setiausaha).

Bengkel yang dijalankan merupakan satu kejayaan dan ia memberi para pelajar peluang pengalaman untuk 'bertemu dan belajar' dengan ahli profesional dalam industri geologi.

Topik yang akan dibincangkan semasa bengkel sehari itu termasuklah geologi petroleum dan petrofisik dan latihan praktikal tafsiran seismik dan juga log korelasi.

101016 PB-GEO PR-1

PARA pelajar Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei pada sesi bergambar ramai ketika Bengkel Geological Society Brunei (GSB) yang bertemakan 'Teknik Geo-Exploration'.

Pada hari yang sama, bengkel lain juga telah dijalankan dan dihadiri oleh pelajar Kejuruteraan Petroleum Pengambilan Ke-6. Haji Awang Morni bin Haji Madali dan Awang Haji Bidin bin Menudin, kedua-dua pakar industri dalam bidang kejuruteraan telaga, menjalankan bengkel 'Keberkesanan Diri' kepada pelajar-pelajar pengambilan baharu.

Beberapa peristiwa yang menarik bengkel termasuk menetapkan visi untuk masa depan mereka, membangunkan tabiat kejayaan dan alat untuk berjaya dalam pengajian dan pembangunan kerjaya.

Politeknik Brunei mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Geologi Brunei (GSB) dan pakar-pakar industri di atas sumbangan dan sokongan yang berterusan.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel